Sunday, November 21, 2010

Volume of liquid

Pendahuluan

Kebanyakan konsep-konsep matematik dan prinsip-prinsip yang dikembangkan dari keperluan manusia untuk memahami, memecahkan, dan menyelidikkan masalah dalam aktiviti hariannya. Dalam masyarakat ini, matematik adalah salah satu alat yang paling kuat dalam pemahaman, dan menyelesaikan masalah dalam dunia yang nyata. Kelipatan dari matematik adalah kerana sifat disiplin ini di mana matematik itu merupakan suatu bahasa dan cara berfikir seseorang.

Sebagai seorang guru Matematik. Saya sering menghadapi beberapa masalah semasa mengajar isipadu cecair. Kesalahfahaman pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar ketika dalam saat mengajar isipadu cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua bekas yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan pada tinggi daripada kapasitinya. Permasalahan yang menyebabkan kegagalan proses belajar mengajar adalah pelajar merasa bosan, tidak berminat, tidak memperhatikan dan tertarik dengan hal-hal lain.

Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan menganggap bekas yang tinggi sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas itu adalah berbanding dengan bekas yang rendah seperti gambar yang dibawah.


1.1 Kekeliruan/Miskonsepsi

Sebelum mengajar isipadu cecair, sebagai guru perlu tahu mengenai kesilapan konsep dilakukan kepada sesetengah kanak-kanak untuk menganggar atau menyukat isipadunya. Kita juga tahu bahawa ramai kana-kanak datang ke sekolah dengan hanya mengetahui serba-sedikit tentang konsep panjang dan beberapa kosa kata, tetapi hanya terdapat sedikit idea mengenai kapasiti.

Kita mengetahui bahawa kanak-kanak sering membuat perbandingan pada panjang daripada kapasiti. Ketika guru bertanya yang menampung lebih, mereka selalu menjawab bekas tinggi. Jadi adalah lebih baik kita membuat kajian kapasiti dengan menggunakan perbandingan secara langsung.

Kekeliruan murid yang jelas kelihatan adalah semasa muird menyukat dan membanding isipadu cecair ialah semasa murid membanding isipadu cecair dengan menggunakan bekas yang berbeza daripada segi saiz dan bentuk bekas yang digunakan.
Untuk mengkaji kekeliruan murid ini, guru boleh menyuruh murid membawa pelbagai jenis bekas untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara yang sesuai, senang, mudah dan murah ialah menyuruh murid membawa bekas botol air, bekas minuman tin, bekas air dan sebagainya yang dapat menyimpan air di sekitar rumah atau sekolah. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis bekas yang di bawah oleh murid untuk menunjukkan kepada murid untuk membandingbezakan isipadu cecair menggunakan bekas yang sama atau berbeza.

Video

2.0 Video:

Sememangnya kita tidak dapat menafikan bahawa saiz bekas yang berbeza ini dapat mengelirukan penganggaran kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kini kita amat bertuah kerana menggunakan unit yang standard untuk menyukat isipadu cecair. Pelajar sebenarnya pernah melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman namun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar, maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin.

Terdapat dua sukatan yang dapat kita gunapakai untuk menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah tahun dua iaitu milliliter (ml ) dan liter ( l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder penyukat dan sebagainya. Dengan carian Internet, saya menemui banyak cara mudah untuk mengajar dan belajar isipadu cecair. Adanya dalam bentuk video, permainan secara talian, latihan talian dan cadangan aktiviti mengajar dan belajar. Bagi menegaskan lagi perkara ini, saya sertakan video pendek berkenaan penggunaan alatan menyukat isipadu cecair yang saya perolehi dari laman: