TOPIK 1
• Rancangan Kesihatan Sekolah
(RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.
• Dalam tempoh tiga tahun RKS
dijalankan, Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek
kesihatan dan trend penyakit. Oleh itu, amat wajar RKS dikaji semula untuk
membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.
• Pada tahun 1996, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu
Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
• Projek ini berdasarkan konsep
HPS yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berteraskan
Piagam Ottawa.
• Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ).
• Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Pengenalan Prog.RKS
• Persidangan HPS yang telah diadakan pada bulan Disember 1996, di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mencadangkan supaya RKS yang sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS ).
• Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
Pengenalan Prog.RKS
-
Meliputi semua kegiatan dan pengalaman2 yg direka utk
mempertahankan, menggalakkan & menjaga kesihatan optima murid
-
utk menggalakkan hidup sihat/membina pengetahuan, sikap &
kebiasaan mengenai kesihatan
PROGRAM
BERSEPADU SEK SIHAT:- mula 1996 + K Kesihatan
Tujuan :
-
Menyatupadu & menyelaras semua xtvt berkaitan kesh sek.
Matlamat:
-
Meningkatkan pengetahuan ttg amalan kebersihan diri,bersih,ceria,selamat dan
sihat.
Matlamat PBSS adalah untuk melahirkan
warga sekolah dan persekitaran yang sihat, selamat dan berkualiti ke arah
merealisasikan wawasan negara
1.1.1 Konsep dan Rasional
a.
Terdapat beberapa aktiviti serta program kesihatan sekolah sedia
ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu;
b.
Untuk merealisasikan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan
kreatif serta merujuk kepada keperluan sekolah berlandaskan keperluan semasa;
c.
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa tanggungjawab serta komitmen dalam kalangan warga sekolah;
d.
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang
menghasilkan impak serta mampu menilai keberkesanannya; dan
e.
Satu usaha bagi meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan
antara pihak sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.
Rasional:
-
Mwujudkan 1 prog kesh yg mampu melahirkan rasa t.jwb
bersama
& komitmen warga sekolah.
-
Penyeragaman beberapa program kesh_ satu
prog sepadu
-
Mwujudkan 1 sys. yg fleksibel, inovatif&kreatif berdasarkan keperluan
semasa
-
Meningkatkan kefahaman&kerjasama=> sek + masyarakat
Objektif:
a.
Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah;
b.
Memelihara dan menambahbaik persekitaran sekolah yang sihat, selamat
dan ceria;
c.
Mewujudkan fenomena persekitaran sosial sekolah yang menjurus ke
arah amalan cara hidup sihat;
d.
Mempertingkatkan ilmu pengetahuan, sikap serta amalan yang
berkaitan dengan kesihatan agar setiap warga sekolah bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat;
e.
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam setiap
program kesihatan sekolah;
f.
Menilai taraf kesihatan murid;
g.
Memberi khidmat rawatan dan rujukan;
h.
Menggalakkan peranan bimbingan dan kaunseling berdasarkan
keperluan dan masalah kesihatan murid;
i.
Memberi penjagaan dan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit
di sekolah;
j.
Mengawal dan mencegah kejadian penyakit; dan
k.
Mengenalpasti, merujuk serta membantu penempatan kanak-kanak
kurang upaya.
1.1.3 Kepentingan Program dari Aspek Individu, Keluarga
dan Komuniti
- meliputi hak dalam mendapatkan pendidikan bagi individu itu
sendiri
- Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus
- Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian yang khusus
- cara menjaga kesihatan diri masing-masing.
- Setiap individu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas
tentang kesihatan yang baik untuk menjamin kesejahteraan hidup. Dalam kemelut
pelbagai kemunculan penyakit berjangkit seperti AIDS
1.2 KOMUNITI PBSS
Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan untuk membentuk minat,
sahsiah, kecenderungan serta keinginan dalam mewujudkan rasa tanggungjawab
dalam kalangan murid untuk kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan
masyarakat.
1.2.1 Pendidikan Kesihatan Secara
Formal
a.
Mempertingkatkan, menambahbaik serta mengemaskinikan kurikulum
yang sedia ada dari semasa ke semasa dengan mengambil kira isu-isu kesihatan
terkini.
b.
Memberi pendidikan kesihatan secara formal kepada guru dan murid
iaitu:
i.
Guru
§
Kursus Asas Perguruan di institut perguruan dan institusi
pengajian tinggi;
§
Kursus dalam Perkhidmatan kepada guru-guru terlatih; dan
§
Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru terlatih yang terpilih.
ii.
Pelajar
§
Melalui mata pelajaran yang ditentukan di sekolah khususnya;
§
mata pelajaran Pendidikan Kesihatan;
§
Latihan amali kesihatan; dan
§
Projek-projek khas secara individu atau berkumpulan.
c.
Penyeliaan dan pemantauan oleh guru dan pelajar.
1.2.2 Pendidikan
Kesihatan Secara Tidak Formal
a.
Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti denggi,
kempen makan untuk kesihatan, kempen menderma darah, kempen aktiviti senaman,
kecergasan fizikal dan sebagainya.
b.
Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat.
c.
Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah.
d.
Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam
komuniti.
e.
Mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan kesihatan di
sekolah-sekolah.
f.
Mengadakan demonstrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
kesihatan seperti pemakanan sihat, senaman, kesihatan mulut, penjagaan gigi,
pertolongan bantu mula dan seumpamanya.
g.
Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas tempat-tempat seperti
bilik darjah, kantin, bangunan akademik dan lain-lain kawasan-kawasan lain di
sekeliling sekolah.
h.
Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh para guru dan pelajar
pelajar itu sendiri.
i.
Mengadakan khidmat kaunseling tentang kesihatan.
1.2.3 Amalan
Kesihatan
a.
Menubuhkan satu jawatankuasa kesihatan sekolah yang dianggotai
oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah.
b.
Menubuhkan kelab kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.
c.
Mengadakan biro kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.
d.
Mengamalkan cara hidup sihat.
1.2.4 Promosi Kesihatan
a.
Guru-guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah.
b.
Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui
dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan sekolah.
c.
Memberi sokongan kepada akta-akta yang menyokong kesihatan,
contohnya antaranya sekolah sebagai kawasan larangan akta merokok dan
menguatkuasakan larangan memiliki rokok di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
d.
Mencadangkan peraturan di peringkat sekolah jika terdapat perkara
yang berpotensi mengganggu kesihatan pelajar, contohnya tegahan menjual makanan
ringan di kantin sekolah.
1.3 PERANAN
- bertujuan menyatupadukan dan
menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu
meningkatkan taraf kesihatan di kalangan warga sekolah.
1.3.1 Peringkat Sekolah
Matlamat P K - untuk membentuk sikap
positif terhadap kesihatan.
a. Peranan Murid
i.Melibatkan diri secara aktif bagi setiap aktiviti PBSS yang
dirancang;
ii.Memberikan komen atau cadangan dalam merancang
aktiviti-aktiviti PBSS;
iii.Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan kesihatan supaya
lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri sendiri;
iv.Menyampaikan maklumat khususnya kepada ibu bapa dan
masyarakat sekeliling tentang aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang
dijalankan oleh pihak sekolah; dan
v.Menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menyokong
kempen-kempen kesihatan seperti Kempen Merokok, Tak Nak dan Anti Denggi.
b. Peranan Guru
i.Memahami serta menguasai teras-teras utama PBSS.
ii.Menyokong, melaksanakan dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti
PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
iii.Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS
boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
iv.Menjadi role model atau contoh kepada murid
dalam mengamalkan cara hidup sihat.
v.Menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti PBSS dengan
aktif; dan
vi.Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat
mengenai matlamat PBSS.
c. Peranan
Pengetua/Guru Besar
i.Memberi penerangan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah.
ii.Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah yang
dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan
serta wakil masyarakat setempat; dan
iii.Merancang aktiviti dengan mengambil kira:
oKeperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga
emosi serta keadaan persekitaran yang selamat.
oPengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk
menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan.
oKemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis serta
bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
oKesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta
mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
oMasalah kesihatan setempat yang melibatkan pelajar-pelajar
sekolah.
oMemastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan
dengan terancang, tersusun dan berterusan.
oMenjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada
masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan
PBSS.
1.3.2 Ibu Bapa dan Masyarakat
a.
Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti-aktiviti PBSS
yang dirancang oleh pihak sekolah.
b.
Bersama-sama memberikan sumbangan dari segi kepakaran, kewangan,
tenaga mahupun peralatan serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti PBSS.
c.
Memberi semangat dan galakan kepada anak-anak untuk menyertai
aktiviti-aktiviti PBSS; dan
d.
Menjadi role model atau contoh kepada anak-anak
dalam mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.
1.3.3 Pejabat Pendidikan Bahagian
atau Daerah
a.
Memberikan penerangan dan informasi yang tepat dan lengkap kepada
sekolah mengenai pelaksanaan PBSS.
b.
Memberikan bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa
PBSS dan seterusnya merancang, menjalankan serta menilai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
c.
Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk memberi
bantuan kepada sekolah-sekolah dalam menjalankan aktiviti PBSS; dan
d.
Mengendali dan memantau perjalanan program PBSS yang dilaksanakan.
1.3.4 Jabatan Pendidikan Negeri dan Kebangsaan
a.
Memberi penerangan kepada Bahagian atau Daerah mengenai
pelaksanaan PBSS.
b.
Memberi bimbingan kepada Bahagian atau Daerah untuk menubuhkan
Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti.
c.
Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi
bantuan kepada Bahagian/Daerah menjalankan PBSS; dan
d.
Mengendali dan memantau perjalanan program PBSS yang dilaksanakan.
Objektif:
-
Memelihara & meningkatkan persekitaran sekolah yg bersih, ceria,
selamat
dan sihat.
-
Membina satu persekitaran sosial sek yg mgalakkan cara hidup
sihat.
-
Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah
-
Kerjasama komuniti.
Pekeliling
Berkaitan:
-
Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997
-
Panduan Melaksanakan PBSS
-
Buku Panduan PROSTAR & Modul LAtihan PROSTAR
-
Garis Panduan RMT
3
Kelompok Msyarakat Dlm Kesihatan:
-
Individu
-
Keluarga
-
Komuniti
Kerjasama
Antara Agensi dari segi:
i)
Pemeliharaan Kesihatan
-
kawalan pembiakan vector
-
pembuangan sampah & saliran air yg sempurna
-
kwsn yg cantik, bersih dan selamat.
ii)
Struktur Fizikal
-
Lokasi yg sesuai
-
Bangunan yg selamat
-
Pengudaraan yg sempurna
-
Pencahayaan yg cukup
-
kemudahan bilik yg mencukupi
6
Teras Utama PBSS( Keluar SEPT 07)
i)
Polisi Kesihatan Sekolah
ii)
Persekitaran Fizikal Sekolah
iii)
Persekitaran Sosial Sekolah
iv)
Penglibatan Komuniti
v)
Kemahiran Kesihatan Diri
vi)
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
FUNGSI SETIAP TERAS:
i)
Polisi Kesihatan Sekolah
-
Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kpgd warga sekolah & masyarakat
luar.
-
Merancang & mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan
ii)
Persekitaran Fizikal Sekolah
-
Mewujudkan persekitaran fizikal yg bersih dan selamat
-
Mewujudkan persekitaran yg bebas drp risiko jangkitan pnyakit.
-
Memastikan semua kemusahan asas mencukupi & sentiasa dlm
keadaan
bersih, ceria, selamat.
Perkara
Yg Perlu Diambil kira Bagi Memastikan FIzikal Sekolah Sempurna:
-
Persekitaran yg Bersih & selamat(bg galakkan amalan kesihatan,
kurangkan
risiko jangkitan penyakit dan <kan kej. kemalangan.
-
Kebersihan (Kantin, dapur, dewan makan
-
Pengamalan,penyediaan &pengambilan makanan berkhasiat.
-
Mjadikan sekolah kawasan larangan merokok
-
Sekolah bebas denggi
-
Persekitaran sekolah bebas pencemaran
iii)
Persekitaran Sosial Sekolah
(Persekitaran
yg boleh membentuk sikap&amalan ke arah membina sahsiah &amalan ke arah
membina sahsiah yg murni & dpt mengatasi segala cabaran.
2
Perkara Yg Perlu Disediakan Utk Memastikan Persekitaran Sosial Yg Menarik:
•
Persekitaran yg kondusif utk perkembangan mental yg sihat
•
Persekitaran sosial yg sihat utk perkembangan JERIS.
iv)
Penglibatan Komuniti
(Kerjasama
semua pihak menykong & meningkatkan thp kesihatan warga sekolah)
-
Penglibatan aktif dl xtvt kesihatan
-
Menyumbangkan tenaga/kepakaran/kewangan
-
memberi dorongan&sokongan moral kpd murid
-
Menjadi role model kpd amalan cara hidup sihat.
Aktiviti
yg Boleh Dijalankan:
•
PROSTAR
•
Bebas Denggi di Sekolah
•
Anti Merokok
•
kempen Cara Hidup Sihat
•
Program Kantin Sihat
•
Sekolah Bersih
•
Bebas Dadah
•
Keselamatan
v)
Kemahiran Kesihatan Diri
(Usaha
membentuk sikap positif ke arah amalan cara hidup sihat)
AKTIVITI DLM KONTEKS
FIZIKAL:(Mengajar konsep kepada murid)
a)
Kebersihan Diri
b)
Kesihatan Pergigian
c)
Senaman dan Kecergasan
d)
Makan Secara Sihat
e)
Anatomi dan Fisiologi
f)
Pertolongan Cemas
AKTIVITI DLM KONTEKS
MENTAL&SOSIAL
a)
Perkembangan Mental Dan Sosial
Guru
& Murid perlu didedahkan kpd pengetahuan ttg perkembangan mental &
Sosial yg normal
b)
Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga
-
Murid perlu diberi kemahiran menangani masalah
-
Guru hendaklah didedahkan kpd cara kenal pasti mslah kesihatan mental dan
sosial di kalangan murid.
-
Sekolah perlu sediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
vi)
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
(Merangkumi
: promosi kesihatan & pemalanan, penjagaan kesihatan, rawatan pergigian)
-
Memaklumkan guru&ibubapa mengenai thp kesihatan murid bg membolehkan
rawatan lanjut & tindakan susulan.
-
membina kefahaman& kesedaran warga sek. Mengenai kepentingan kesihatan
& amalan cara hidup sihat.
-
Program khas dilaksanakan dgn sempurna(RMT/PSS)
-
Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
Aktiviti
Perkhidmatan Sekolah:
a)
Penilaian Status Kesihatan
b)
Rujukan & Tindakan Susulan
c)
Khidmat Kaunseling
d)
Pemakanan
e)
Pergigian
f)
Pertolongan Cemas
g)
Pendidikan Kesihatan
h)
kanak-kanak dgn keperluan Khas.
TOPIK 2: Amalan Kebersihan
Sekolah
• Tugas, tanggunggjawab serta
peranan sekolah penting mewujudkan persekitaran yang ceria samping dapat
melatih murid-murid menyayangi dan memahami erti kebersihan yang sebenar.
• Kesedaran amalan ini dpt berjln dgn lancar dan sempurna.
• Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.
• Kesedaran amalan ini dpt berjln dgn lancar dan sempurna.
• Kerjasama daripada semua pihak merupakan elemen dalam merealisasikan amalan kebersihan di sesebuah sekolah.
2.1 DEFINISI AMALAN KEBERSIHAN
SEKOLAH
- disemai dan dipupuk sejak awal dari
rumah dan diperkukuh serta diperkembangkan di sekolah agar menjadi amalan
sepanjang hayat.
2.2 OBJEKTIF AMALAN KEBERSIHAN
SEKOLAH
a.
Memupuk perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani kehidupan harian;
b.
Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang
disediakan;
c.
Memupuk semangat kepunyaan dan kesediaan bekerja sebagai satu
pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah;
d.
Melaksanakan akt amalan kebersihan bg m capai kebersihan maksimum;
e.
Mewujudkan suasana yang menjadi identiti sekolah sebagai institusi
yang sihat, bersih, indah serta ceria.
2.3 KONSEP AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH
2.4 PIAWAIAN AMALAN KEBERSIHAN
SEKOLAH
a.
Bersih
i.Tiada contengan;
ii.Tiada goresan;
iii.Tiada sampah;
iv.Tiada sawang;
v.Tidak berhabuk atau berdebu;
vi.Tidak berlumut;
vii.Tidak berbau yang kurang menyenangkan;
viii.Sentiasa dinyahkuman untuk mengelakkan bakteria
ix.Dalam warna asal
b.
Berfungsi
i.Dijaga dan disenggarakan dengan baik
ii.Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.
c.
Selamat
i.Tidak berbahaya
ii.Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak
2.5 CIRI-CIRI
KEBERSIHAN
a. Ceria – di sini
memberi maksud bersih dan cantik dengan dekorasi, susun atur dan suasana
persekitaran yang riang, selesa, suci, murni, menarik dan pelbagai.
b. Indah – pula
memberikan maksud suasana yang cantik, permai, bagus, elok dan molek. Ia juga
menyumbang kepada keadaan dan perasaan segar, senang, enak dan tenang.
c. Wangi – iaitu
menerangkan tentang keadaan yang berbau harum serta menyenangkan sama ada
berbau asli atau menggunakan bahan pewangi yang menyegarkan.
2.7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SERTA
PERANAN SEKOLAH
langkah-langkah yang perlu diambil
ialah:
a.
Menjaga kebersihan kantin, bilik darjah serta bilik guru;
b. Mencuci tandas sekerap
mungkin dan menyelenggarakan scr berjadual;
c. Memotong rumput
secara kerap;
d. Membuang sampah sarap
ke dalam tong sampah yang disediakan;
e. Mmastikn beg sampah
sarap dikutip scr berjadual oleh pihak bkenaan;
f. Mengenalpasti dan
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes;
g. Mewujudkan suasana
ceria di sekolah dengan menanam pokok bunga untuk mengindahkan dan menghijaukan
persekitaran sekolah;
h. Menggalakkan amalan
pembuangan sampah dan penggunaan tandas secara betul dalam kalangan
murid-murid, warga sekolah dan pihak pentadbiran;
i. Memeriksa kebersihan
sekolah dan kawasan sekitarnya (kantin, tandas, bilik darjah, padang);
j. Mengadakan program
gotong-royong dan bagi membersihkan persekitaran sekolah berserta aktiviti
rondaan kelas yang bertugas;
k. Memantau dan menilai
keberkesanan program kebersihan melalui pengadilan yang dibuat berpandukan
Borang Penilaian Kebersihan;
l. Menceriakan kawasan
sekolah dengan aktiviti membina taman-taman, tapak semaian serta menjalankan
kerja-kerja keceriaan;
m. Meningkatkan tahap
kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual bertugas untuk murid-murid, para
guru serta pekerja;
n. Melaksanakan tindakan
susulan melalui program penambahbaikan
o. Mengubah cara
pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan iaitu melalui penekanan
dalam subjek PJK.
TOPIK 3
• Melalui program kesihatan
sekolah diharap dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang
akademik dan bersahsiah tinggi tetapi dapat melahirkan pelajar yang dapat
menjadikan penjagaan aspek kesihatan sebagai sesuatu yang amat penting dalam
kehidupan mereka.
• Pelbagai program
berorientasikan kesihatan dapat memperkasakan pelajar berkaitan kepentingan
penjagaan kesihatan. Ia juga mendorong pelajar mengambil langkah sendiri dalam
memelihara tahap kesihatan diri sendiri.
• Warga sekolah yg sihat diharap
mampu menggerakkan negara ke arah pembangunan yang lebih pesat.
• PROSTAR dan program pendidikan
AIDS membentuk pelajar yang berpengetahuan, bersikap positif serta mengelakkan
amalan yang berisiko mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV.
• Program Doktor Muda membentuk
sekumpulan Doktor Muda selaku Pembimbing Rakan Sebaya yang membantu pihak
sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit.
• Pelaksanaan program melibatkan
usaha sama pihak sekolah, ibu bapa, NGO serta pelbagai agensi awam yang
berkaitan.
3.1 PROSTAR (PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA)
Matlamat dan Objektif
- membentuk sekumpulan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang
mampu dan mahir berkongsi maklumat AIDS dengan rakan sebaya.
Okbjektif khusus program ini ialah:
a. Membentuk golongan
remaja yang sedar dan tahu akan ancaman penyakit AIDS dan menyebarkan maklumat
AIDS dengan cukup dan tepat;
b.
Membentuk kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS);
c.
Mendedahkan remaja dengan maklumat penyakit-penyakit kelamin
(Sifilis, Gonorea, Klamidia) serta perkaitan dengan jangkitan HIV;
d.
Mendedahkan PRS dengan kemahiran berkomunikasi dan memujuk rakan
sebaya;
e.
Membentuk sekumpulan remaja yang berfikiran positif apabila
berhadapan dengan isu stigma serta diskriminasi; dan
f.
Mendidik remaja cara membuat pilihan dan keputusan yang terbaik
untuk mengelak jangkitan HIV.
3.2 PROGRAM-PROGRAM
a. Pendidikan Pencegahan AIDS
- satu penyakit yang memberi kesan yang
merugikan kepada negara sekiranya ia tidak dibendung di peringkat awal.
- gejala jangkitan HIV berkait rapat
tingkah laku yang berisiko tinggi iaitu hubungan seksual secara rambang dan bebas
serta berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.
- Golongan remaja sebagai satu kumpulan
yang signifikan dalam menyumbang kepada jumlah jangkitan HIV dan penyakit AIDS
di negara kita.
- kesedaran tentang bahaya dan cara
pencegahan penyakit AIDS perlu didedahkan kepada para pelajar mulai dari
peringkat sekolah rendah lagi.
-
sekolah menengah:
Ø Program Intervensi Pelajar (PTP)
menyediakan ruang untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, NGO dan lain-lain agensi untuk menyebarkan mesej berkenaan
pencegahan AIDS.
Ø PIP - menyediakan perkhidmatan saringan air
kencing bagi pelajar berisiko tinggi untuk mengenalpasti terlibat dengan
masalah penagihan dadah.
Ø Kelab PROSTAR, penyebaran mesej
pencegahan AIDS dijalankan oleh ahli kelab secara Personal Selling kepada rakan lain atau melalui aktiviti pameran serta kuiz pada
Hari Kokurikulum.
Ø penyebaran mesej melalui Program Doktor
Muda.
b. Projek Anti Denggi
Penyakit AIDS adalah satu penyakit yang
memberi kesan yang merugikan.
- Peningkatan kes denggi berkaitrapat
dengan faktor kepesatan proses urbanisasi, pencemaran dan pembukaan kawasan
baru untuk perindustrian.
- Sekolah merupakan tempat sesuai untuk mendidik pelajar-pelajar
berkaitan pencegahan penyakit denggi.
- PK berkaitan anti denggi adalah
bernaung di bawah Program Bebas Denggi Di Sekolah (PBDS).
- COMBI
(Communication for Behavioural Impact ) - satu pendekatan dalam aspek promosi
kesihatan yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi untuk mengubah tingkah
laku seseorang.
- Pendekatan COMBI Denggi bertujuan
mencegah dan mengawal penularan penyakit denggi di sekolah dan masyarakat
setempat.
- pelajar dan warga sekolah yang lain dilatih
untuk menjadi fasilitator program COMBI Denggi
c. Program Rubela
ü Rubela dikenali juga sebagai German Measles dan merupakan sejenis penyakit berjangkit yang menyerupai campak.
Kesan penyakit rubela tidak begitu membahayakan kecuali kepada wanita yang
mengandung. Ia boleh menyebabkan kecacatan atau kematian kepada bayi dalam
kandungan.
ü Suntikan rubela hanya diberi kepada
pelajar perempuan semasa di Tahun Enam. Semenjak Program Imunisasi MMR (Mump, Measles & Rubella) diperkenalkan oleh KKM, semua bayi
perempuan diberi imunisasi rubela. Program rubela di peringkat sekolah adalah
setakat selepas kelompok yang menerima imunisasi MMR memasuki sekolah.
d. Program Doktor
Muda
Ø diperkenalkan di
Sekolah Kebangsaan Seri Biram pada tahun 1989 dan 1991 di Sekolah Kebangsaan
Tanah Merah 1 Kelantan, bermula secara aktif pada tahun 2004.
PDM adalah program yang berpusat di sekolah (school-based).
PDM adalah program yang berpusat di sekolah (school-based).
Ø Matlamat PDM -
melahirkan pelajar yang mementingkan dan mutamakan kesihatan serta berupaya mjd
agen mpromosikan kesihatan yang baik untuk rakan sebaya, ahli keluarga serta
masyarakat. - menggunakan rangka kerja “Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup
Sihat” yang berasaskan kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak
sekolah, ibu bapa dan kesihatan.
Ø PDM disasarkan kepada
pelajar sekolah rendah Tahap 2 yang dipilih berdasarkan kriteria seperti minat,
prestasi akademik, bakat kepimpinan, kemas, suka menolong, proaktif, personaiti
menarik serta mendapat kebenaran ibu bapa.
Ø Objektif umum PDM
ialah untuk memperkasakan murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan dan
kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri serta
rakan-rakan mereka.
Objektif khusus PDM ialah untuk:
i.Membantu diri sendiri, rakan serta anggota keluarga ke arah
amalan hidup sihat;
ii.Menjadi pembimbing
dan role model;
iii.Membantu pihak
kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti kesihatan di sekolah;
iv.Memperkukuhkan
penglibatan guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kesihatan murid;
v.Menggalakkan ibu bapa
atau penjaga memberi perhatian kepada kesihatan murid-murid; dan
vi.Meningkatkan
usahasama di antara pihak kesihatan dan pihak pelajaran.
3.2.1 Pelaksanaan Program
·
Aspek
Penting Pengurusan dan Pengelolaaan
·
Program-program kesihatan di bawah PBSS adalah perkongsian bijak
di antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
·
Jabatan - bertanggunggungjawab menguruskan program-program ini.
·
Negeri - mesyuarat diadakan di antara dua jabatan ini untuk
membincangkan keperluan serta langkah penambahbaikan program di bawah PBSS.
·
Pegawai bertanggungjawab dalam pelaksanaan diberi latihan yang
sewajarnya. Fasilitator di peringkat negeri bertanggungjawab mengembangkan
program tersebut di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Ini bermaknanya,
pegawai akan melatih pegawai lain berdasarkan kepada pendekatan training of trainers.
·
Guru pembimbing bertanggungjawab mengendalikan aktiviti di peringkat
sekolah. Guru pembimbing juga bertanggungjawab menyediakan semua laporan
berkaitan keahlian serta aktiviti yang telah djalankan supaya ia dapat dihantar
ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.
3.2.2 Aktiviti-aktiviti Dilaksanakan
Aktiviti ini dilakukan scr perkongsian
bijak dgn Pejabat Kesihatan, NGO dan lain-lain agensi awam yang berkaitan. Sekolah
menyediakan ruang utk myebarkan mesej kesihatan sms aktiviti Hari Terbuka
Sekolah, Minggu Sains dan Matematik, Hari Ko-kurikulum, Bulan Membaca, Minggu
Kecergasan dan lain-lain.
TOPIK 4 KESELAMATAN DIRI
4.1 KONSEP DAN DEFINISI KESELAMATAN DIRI
• Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan
aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai
seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap
orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal
pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau kesakitan yang
berpunca daripada kecederaan.
• Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.
• Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan kenapa ia berlaku.
• Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut bidang tugas dan persekitaran kerja.
• Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia berpunca daripada sikap sambil lewa atau sikap tidak ambil peduli.
• Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah mempastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.
• Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.
• Kemalangan tidak memilih mangsa sekiranya seseorang itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Konsep keselamatan bergantung pada di mana, bagaimana dan kenapa ia berlaku.
• Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan merupakan kaedah kawalan yang penting setelah langkah-langkah kawalan yang lain dilakukan. Penggunaannya berbeza mengikut bidang tugas dan persekitaran kerja.
• Salah satu punca utama kes kecederaan dan kemalangan adalah kerana kecuaian. Ia berpunca daripada sikap sambil lewa atau sikap tidak ambil peduli.
• Prinsip utama apabila anda berhadapan dengan sebarang keadaan kecemasan ialah mempastikan keselamatan anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.
4.1.1 Konsep Keselamatan di
Tempat-Tempat Tertentu
Ø taman permainan
dengan pengawasan ibu bapa.
Ø rumah tanggungjawab
terletak pada ketua keluarga dan ahli-ahlinya seperti isteri dan anak-anak.
Ø pejabat tanggungjawab
oleh majikan, jawatankuasa keselamatan serta pekerja.
4.1.2 Kepentingan Pengawalan Keselamatan
Seseorang kanak-kanak belum dapat berdikari memerlukan sokongan
daripada orang lain khasnya ibu bapa, penjaga serta guru. Kepentingan pengawalan
keselamatan dapat menjamin persekitaran yang aman dan selesa dalam sebuah
komuniti dan masyarakat
pengawalan keselamatan berguna dalam memupuk sikap sentiasa
berwaspada terhadap keadaan persekitaran seperti di jalan raya, sekolah, rumah
dan tempat kerja. Kecuaian, sikap tidak peduli serta sikap sambil lewa terhadap
peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan keselamatan
merupakan faktor utama yang mengundang malapetaka dan kemalangan.
pengawalan keselamatan yang dilakukan berdasarkan mekanisme
undang-undang dan peraturan menjamin kewujudan keteraturan sosial (social
order) dalam sebuah komuniti, masyarakat dan negara.
4.2 PERALATAN PERLINDUNGAN
KESELAMATAN
Personal (Individu) - panduan pemilihan dan
penggunaan topi keledar.
a.
Topi keledar mestilah diluluskan oleh pihak berkuasa khasnya
SIRIM. Pengesahan daripada SIRIM bermakna ketahanan topi keledar tersebut telah
memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.
b.
Topi keledar mestilah digunakan dengan betul. Ia mestilah padan
dan boleh diikat dengan selesa di bawah dagu pengguna.
c.
Ia mestilah berwarna terang dengan penggunaan pelekat-pelekat yang
memantul cahaya pada waktu malam.
d.
Jenis topi keledar adalah berbeza mengikut tahap umur seseorang
khasnya untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak. Pengguna tidak seharusnya
menggunakan topi keledar yang hanya menutup sebahagian daripada kepala atau
menggunakan topi keledar mainan bagi kanak-kanak.
e.
Menggunakan topi keledar merupakan suatu amalan keselamatan semasa
menunggang motosikal. Ia bukan hanya digunakan sebagai barang hiasan
semata-mata. Sekiranya ia tidak digunakan dengan cara yang betul takut disaman
oleh pihak polis.
Di Rumah - panduan penggunaan
peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan semasa di rumah:
a.
Menggunakan sarung tangan dan pemegang khas untuk memegang
peralatan panas seperti kuali dan ketuhar.
b.
Menggunakan cermin mata khas (goggles) apabila melakukan
kerja-kerja bertukang, mengimpal dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk
melindungi mata dari terkena percikan api dan partikel.
c.
Menggunakan jubin yang mempunyai permukaan yang kesat di bilik
mandi, balkoni, dapur atau di lain-lain tempat di dalam dan luar rumah yang
terdedah kepada air. Ia bertujuan untuk mengelakkan kita tergelincir dan
terjatuh.
d.
Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai ahli yang kurang upaya atau
orang tua, keperluan palang besi di dinding bilik air dan tepi tandas sebagai
alat sokongan untuk mereka bergerak adalah disyorkan.
e.
Menutup soket elektrik dengan penutup khas untuk mengelakkan bayi
dan kanak-kanak memasukkan objek seperti besi dan dawai ke dalam lubang soket
tersebut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan terkena renjatan elektrik.
Di Tempat Kerja - Tanggungjawab majikan
menyediakan persekitaran kerja yang selamat. - peralatan keselamatan diri yang
digunakan di tempat kerja
a.
Topi Keselamatan
Ia digunakan untuk
mengurangkan kesan hentakan benda berat dan kecederaan ke atas bahagian kepala
seseorang jika ditimpa benda-benda yang terjatuh.
b.
Kasut Keselamatan (safety boots)
Ia dapat menahan hentakan objek berat, kejutan elektrik, haba panas serta tercucuk oleh benda tajam.
Ia dapat menahan hentakan objek berat, kejutan elektrik, haba panas serta tercucuk oleh benda tajam.
c.
Sarung Tangan Keselamatan
Terdapat beberapa jenis sarung tangan yang perlu digunakan oleh pekerja berdasarkan bidang kerja iaitu sarung tangan pakai buang, sarung tangan fabrik, sarung tangan kulit, sarung tangan pelapik besi, sarung tangan pelapik aluminium serta sarung tangan penebat kimia.
Terdapat beberapa jenis sarung tangan yang perlu digunakan oleh pekerja berdasarkan bidang kerja iaitu sarung tangan pakai buang, sarung tangan fabrik, sarung tangan kulit, sarung tangan pelapik besi, sarung tangan pelapik aluminium serta sarung tangan penebat kimia.
d.
Cermin mata Keselamatan (goggles)
Digunakan untuk melindungi mata daripada habuk, asap dan cahaya terang yang boleh menjejaskan penglihatan dan merosakkan mata.
Digunakan untuk melindungi mata daripada habuk, asap dan cahaya terang yang boleh menjejaskan penglihatan dan merosakkan mata.
e.
Palam Telinga (ear plug) dan Peranti Telinga (ear
muff)
Digunakan di tempat pembinaan, lapangan terbang, kilang atau tempat-tempat yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising.
Digunakan di tempat pembinaan, lapangan terbang, kilang atau tempat-tempat yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising.
Di Sekolah
- penggunaan peralatan perlindungan keselamatan di sekolah
ialah:
a.
Penggunaan alat-alat perlindungan keselamatan di makmal ialah
sarung tangan, pemegang bahan panas, pelindung serta ruang khas untuk melakukan
uji kaji yang melibatkan bahan kimia bahaya yang menghakis dan meruwap.
b.
Permainan lasak seperti rugbi, hoki, kriket, bola sepak dan
sebagainya memerlukan beberapa peralatan perlindungan keselamatan yang dapat
melindungi anggota badan seperti mata, kepala, kemaluan serta dada daripada
terkena hentakan dan juga daripada terkena balingan bola.
Di Tempat Awam
Ø
gelagat buruk sebilangan pengguna jalan raya yang tidak mahu
menggunakan jejantas pejalan kaki yang disediakan.
Ø
Kemudahan awam seperti jejantas pejalan kaki adalah untuk kegunaan
dan keselamatan orang ramai. Ia haruslah digunakan dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ø
Terdapat laluan khas yang diperuntukkan di pusat membeli belah dan
lain-lain bangunan awam sebagai laluan untuk menyelamatkan diri semasa
kebakaran seperti pintu, tangga dan tempat berkumpul.
Ø
Alat pemadam api merupakan salah satu alat keselamatan yang biasa
kita temui di tempat-tempat awam seperti di pusat membeli belah, dewan orang
ramai, stesen bas, lapangan terbang dan sebagainya.
4.3 KESELAMATAN DI RUMAH DAN DI LUAR
RUMAH
Jenis-jenis
Kemalangan
a.
Terjatuh
Tempat-tempat yang
berisiko di dalam rumah yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan akibat
terjatuh ialah seperti di tangga, meja, almari, kerusi, tepi tingkat serta di
tepi balkoni.
b.
Keracunan
Seseorang itu boleh
menjadi mangsa keracunan sekiranya terminum atau termakan bahan merbahaya
secara tidak sengaja seperti bahan pencuci, ubat-ubatan, racun serangga, racun
rumput, jenis-jenis kulat tertentu yang merbahaya dan sebagainya.
c.
Tercekik
Kemalangan jenis ini
boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk bernafas kerana
rongga pernafasan terhalang oleh bendasing akibat tertelan benda atau bahan
seperti manik, guli, duit syiling dan sebagainya.
d.
Lemas (drowning)
Lemas boleh berlaku
apabila seseorang itu jatuh ke dalam air seperti di kolam, parit, kolam renang
atau longkang. Mangsa lemas tidak dapat bernafas kerana paru-paru dipenuhi air.
e.
Lemas (suffocation)
Lemas ini berpunca
daripada kesukaran bernafas kerana terkurung di tempat atau ruang yang tidak
mempunyai pengudaraan yang mencukupi.
f.
Melecur dan Terbakar
Kemalangan jenis ini
berlaku apabila seseorang itu cedera akibat terkena suhu yang panas dan bahan
yang menghakis seperti air panas, besi panas, renjatan elektrik, percikan
minyak panas, ubat nyamuk, bahan berasid dan sebagainya.
g.
Gigitan Haiwan
Kecederaan boleh
berlaku akibat gigitan haiwan dan serangga seperti lebah, ular dan anjing.
Gigitan anjing bukan setakat boleh mencederakan mangsa malah boleh menyebabkan
penyakit rabies atau penyakit anjing gila.
Langkah-langkah
Keselamatan
a.
Amalkan sikap 3P (Perhati, Pelajari dan Prihatin)
Sikap ini boleh
dipupuk dengan meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan dan mendapatkan
sumber-sumber maklumat daripada internet atau agensi-agensi yang berkaitan.
b.
Pengawasan Orang Dewasa
Pengawasan daripada
orang yang lebih dewasa dapat mencegah mereka daripada bermain dengan benda
yang merbahaya ataupun bermain di tempat yang berisiko untuk berlaku kemalangan
seperti di jalan raya, kolam dan sungai.
c.
Pendidikan Pencegahan Kemalangan dan Kecederaan di Peringkat
Awal
Pupuk amalan
pencegahan kemalangan dan kecederaan dari awal lagi iaitu semasa kanak-kanak
lagi. Ibu bapa dan guru-guru mempunyai peranan yang besar dalam aspek ini.
d.
Simpan di Tempat yang Selamat
Bahan-bahan yang
merbahaya seperti racun, ubat-ubatan dan alat tajam hendaklah disimpan di
tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
e.
Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas (first
aid) merupakan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang berada di
dalam keadaan kecemasan. Sebelum mendapat doktor dan jururawat di klinik dan
hospital.
Konsep pertolongan cemas berbeza dengan konsep rawatan
biasa. Bagi kecederaan ringan, pertolongan cemas dikendalikan dengan apa sahaja
peralatan dan bahan yang ada dan sesuai di tempat kejadian. Apabila berdepan
dengan keadaan kemalangan, seseorang itu mesti tahu bagaimana untuk
mengendalikan pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas juga mesti ada di
setiap rumah, dan sekurang-kurangnya seorang daripada setiap ahli keluarga
mestilah mahir mengendalikan pertolongan cemas. Oleh itu, pengetahuan dan
kemahiran mengendalikan pertolongan cemas amatlah penting kepada keluarga anda
dan orang lain.
Sumber Bantuan
Keselamatan
Ø pastikan keselamatan
anda terjamin terlebih dahulu sebelum anda membantu orang lain.
Ø tahu di mana dan bagaimana hendak mendapatkan
bantuan keselamatan.
Ø Ingatilah nombor
agensi yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Ø tidak membuat panggilan palsu atau membiarkan
anak-anak anda berbuat demikian kerana anda boleh didenda atau dipenjarakan.
Ø sumber-sumber bantuan
keselamatan di mana seseorang itu boleh mendapatkan bantuan. Nyatakan lokasi
anda, nama dan masalah yang anda hadapi dengan jelas. Bagi setiap kes
kecemasan, anda boleh menghubungi nombor 999 kerana panggilan anda akan
disalurkan ke agensi-agensi yang berkaitan berdasarkan kepada jenis kecemasan,
kemalangan atau masalah yang anda hadapi.
a. Polis Diraja Malaysia
(PDRM)
Hubungi pihak polis sekiranya anda berdepan dengan keadaan kecemasan seperti kemalangan di jalan raya atau berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam keselamatan anda seperti dirompak, diugut dan sebagainya. Jangan panik dan seboleh-bolehnya kawal perasaan anda. Dapatkan bantuan orang yang terdekat yang boleh anda percayai seperti kawan atau jiran.
Hubungi pihak polis sekiranya anda berdepan dengan keadaan kecemasan seperti kemalangan di jalan raya atau berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam keselamatan anda seperti dirompak, diugut dan sebagainya. Jangan panik dan seboleh-bolehnya kawal perasaan anda. Dapatkan bantuan orang yang terdekat yang boleh anda percayai seperti kawan atau jiran.
b.
Jabatan Pertahanan Awam (JAPAM)
Agensi yang bertanggungjawab dalam membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya dan orang awam semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.
Agensi yang bertanggungjawab dalam membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya dan orang awam semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.
c.
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Agensi yang bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal kebakaran serta aktiviti menyelamat dalam bencana alam dan kemalangan.
Agensi yang bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal kebakaran serta aktiviti menyelamat dalam bencana alam dan kemalangan.
d.
Unit Kecemasan dan Kemalangan Hospital dan Klinik Kerajaan
dan Swasta
Memberi bantuan perubatan dari segi penghantaran pasukan kecemasan ke tempat kejadian (bagi ambulans hospital atau klinik kerajaan). Mangsa juga boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan Kecemasan yang terdekat sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
Memberi bantuan perubatan dari segi penghantaran pasukan kecemasan ke tempat kejadian (bagi ambulans hospital atau klinik kerajaan). Mangsa juga boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan Kecemasan yang terdekat sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
e.
Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance
Pasukan ini merupakan sebuah pasukan sukarela yang membantu agensi-agensi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian dan tugas-tugasnya adalah berasaskan kepada prinsip sukarela dan membantu orang lain dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.
Pasukan ini merupakan sebuah pasukan sukarela yang membantu agensi-agensi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian dan tugas-tugasnya adalah berasaskan kepada prinsip sukarela dan membantu orang lain dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.
TOPIK 5
• Penjagaan keselamatan bukan
setakat menjadi hangat hanya apabila berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah
tetapi mestilah menjadi ialah satu agenda utama pengurusan sekolah.
• Bertindaklah sebelum sesuatu
kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas sesuatu kemalangan berlaku.
• Infrastruktur bilik darjah yang
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar bukan setakat bersih
dan ceria tetapi mestilah selamat.
• Penyelenggaraan alat-alat
bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan pihak sekolah. Peralatan
yang tidak diselenggarakan secara berkala dan sempurna boleh mengurangkan
jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.
• Prosedur keselamatan dalam
bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan dan dimaklumkan kepada
semua warga sekolah. Prosedur keselamatan mengutamakan tiga perkara yang paling
utama iaitu tahu, faham serta buat.
• Persekitaran sekolah yang
berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan, keselamatan dan
keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang
kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kemalangan dan kecederaan di
kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan dengan kaedah menilai dan
mengawal risiko.
• Konsep SAFE dapat menerangkan
berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.
TOPIK 6 Bahan Sokongan Pendidikan Persekitaran di Sekolah
6.1 POLISI
Polisi asas dalam Pendidikan Persekitaran sekolah adalah
memastikan:
·
Persekitaran bersih dan kemudahan asas yang mencukupi.
·
Sanitasi yang sempurna dan bekalan air bersih yang sempurna.
·
Kitar semula bahan terpakai.
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dijalankan sejak
tahun 1967. Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memperkenalkan
konsep Health Promoting School (HPS) berlandaskan kepada
Piagam Ottawa. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah
dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 22 September 1997.
Strategi dan aktiviti PBSS telah diolah bagi mencapai matlamat “untuk
mewujudkan warga sekolah yang sihat dalam persekitaran yang selamat, sihat dan
berkualiti ke arah menuju Wawasan 2020”.
Komponen-komponen PBSS seperti berikut:
·
Pendidikan kesihatan dan pemakanan;
·
Perkhidmatan kesihatan;
·
Hidup sihat di sekolah;
·
Kerjasama antara sekolah dan masyarakat.
a.
Sokongan Pihak Kerajaan
i.
Pejabat Kesihatan Daerah
1996, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kesihatan Awam. Kemudian Program Penggalakan Kesihatan Sekolah telah dilancarkan.
1996, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga telah ditubuhkan di bawah Jabatan Kesihatan Awam. Kemudian Program Penggalakan Kesihatan Sekolah telah dilancarkan.
ii.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
mempunyai hubungan secara langsung dengan sekolah terutama dalam penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti pelan dan susun atur bangunan, pengurusan dan pelupusan sampah. Misalnya dalam pendidikan pencegahan Aedes dan penyakit Denggi (PPDa), PBT dilibatkan untuk bersama-sama Pejabat Kesihatan dalam program pendidikan mencegah denggi.
mempunyai hubungan secara langsung dengan sekolah terutama dalam penguatkuasaan undang-undang tempatan seperti pelan dan susun atur bangunan, pengurusan dan pelupusan sampah. Misalnya dalam pendidikan pencegahan Aedes dan penyakit Denggi (PPDa), PBT dilibatkan untuk bersama-sama Pejabat Kesihatan dalam program pendidikan mencegah denggi.
a.
Pihak Bomba
mengendalikan aspek keselamatan bangunan khususnya dalam pelan mencegah kebakaran dan kecemasan. Latihan fire drill dan pelan kecemasan kebakaran dijalankan di sekolah dengan bantuan dan kepakaran pihak bomba.
mengendalikan aspek keselamatan bangunan khususnya dalam pelan mencegah kebakaran dan kecemasan. Latihan fire drill dan pelan kecemasan kebakaran dijalankan di sekolah dengan bantuan dan kepakaran pihak bomba.
b.
Pihak Polis
menjadikan dasar ”anak angkat” sekolah dalam memberi pendidikan dan pencegahan jenayah di sekolah. Selain itu, Bahagian Narkotik PDRM turut terlibat dalam kempen pendidikan pencegahan dadah untuk memastikan persekitaran sekolah bersih daripada gejala dadah.
menjadikan dasar ”anak angkat” sekolah dalam memberi pendidikan dan pencegahan jenayah di sekolah. Selain itu, Bahagian Narkotik PDRM turut terlibat dalam kempen pendidikan pencegahan dadah untuk memastikan persekitaran sekolah bersih daripada gejala dadah.
b.
Badan Swasta dan Berkanun
Indah Water Konsortium
bertanggungjawab dalam pengendalian loji septik di sekolah. Selain dari bertanggungjawab dalam penyelenggaraan, memberi nasihat bagaimana hendak mengekalkan kebersihan persekitaran dan pengurusan air kumbahan secara selamat;
bertanggungjawab dalam pengendalian loji septik di sekolah. Selain dari bertanggungjawab dalam penyelenggaraan, memberi nasihat bagaimana hendak mengekalkan kebersihan persekitaran dan pengurusan air kumbahan secara selamat;
Kawalan keselamatan sekolah dan pelan keluar masuk ke
kawasan sekolah diswastakan sepenuhnya.
c.
Sukarelawan
Program Tajaan Agensi Kerajaan
Salah satu badan sukarela yang sering membantu pihak sekolah adalah Kelab PROSTAR (Program Sihat untuk Remaja) dan Kelab Doktor Muda - menyedarkan pelajar tentang kepentingan amalan hidup sihat dan kebersihan persekitaran sekolah.
Salah satu badan sukarela yang sering membantu pihak sekolah adalah Kelab PROSTAR (Program Sihat untuk Remaja) dan Kelab Doktor Muda - menyedarkan pelajar tentang kepentingan amalan hidup sihat dan kebersihan persekitaran sekolah.
Rela
Ikatan Relawan Rakyat membantu pihak sekolah dalam memantau perkembangan aspek keselamatan pelajar dan persekitaran.
Ikatan Relawan Rakyat membantu pihak sekolah dalam memantau perkembangan aspek keselamatan pelajar dan persekitaran.
Persatuan Belia
memainkan peranan secara sukarela membantu pihak sekolah dalam memantau dan meningkatkan aspek kebersihan sekolah.
memainkan peranan secara sukarela membantu pihak sekolah dalam memantau dan meningkatkan aspek kebersihan sekolah.
6.2 KURIKULUM
PK KBSR disusun mengikut tiga tunjang: - pemeliharan kebersihan
serta keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf
kesihatan.
6.2.1 Konsep dan Pengetahuan Asas
a. Konsep - Tahun 4 - keselamatan - memberi tumpuan kepada
bagaimana menjaga keselamatan di jalan raya, keselamatan di air dan keselamatan
berkaitan api (punca kebakaran dan cara mencegah). Asas pertolongan cemas untuk
membantu mangsa yang mendapat kecederaan ringan seperti luka kecil, tercalar,
lebam serta terseliuh di peringkat sekolah mula diperkenalkan.
b. Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS): Perkhidmatan Pergigian, Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah serta St. John Ambulans juga diperkenalkan
pada Tahun 4.
c. Tahun 5, kurikulum
keselamatan mendalami aspek keselamatan di rumah, sekolah serta tempat bermain.
Langkah-langkah bagi bagaimana mengelakkan kemalangan adalah dengan
menitikberatkan petunjuk atau tanda-tanda jalan raya. Punca kebakaran dan
bagaimana langkah pencegahan turut dibincangkan termasuk asas keselamatan di
air dengan penumpuan kepada banjir.
d. Tahun 6, kurikulum
mendedahkan para pelajar kepada aspek keracunan makanan akibat makanan
tercemar, luput tarikh serta tin yang kemik. Penyakit berjangkit mula
dibincangkan dan tumpuan diberi kepada penyakit bawaan air dan vektor.
6.2.2
Sumber Kurikulum:
a. Penglibatan Murid
Secara Penghayatan Ilmu. Contoh: murid akan diterangkan bagaimana penyakit
Malaria merebak.
b. Interaksi dengan Guru,
Rakan, Masyarakat dan Badan atau Agensi Berkaitan
Pelajar akan diberi peluang untuk mendapatkan ilmu atau pengalaman melalui perbincangan dengan guru berkaitan prosedur hidup sihat, punca kebakaran melalui lawatan ke balai bomba.
Pelajar akan diberi peluang untuk mendapatkan ilmu atau pengalaman melalui perbincangan dengan guru berkaitan prosedur hidup sihat, punca kebakaran melalui lawatan ke balai bomba.
c. Penyimpanan Rekod Kesihatan
dan Kegiatan Murid sebagai Bukti Pembelajaran
d. Menjemput atau
melawat agensi-agensi yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta
undang-undang untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung.
Perincian Kurikulum
a.
Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga
serta masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan diberi kepada kesihatan
diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan serta keibubapaan.
b.
Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian
yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Tumpuan
diberikan kepada pengetahuan dan kemahiran untuk pencegahan Penyakit Berjangkit
(bawaan vektor, air, makanan dan seksual).
c.
Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
Konsep tunjang ini merujuk kepada usaha pemeliharaan secara
berkesan dan meningkatkan taraf kesihatan. Tumpuan diberi kepada pencegahan
penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.
6.2.3 Kesepaduan Kurikulum dgn Mata Pelajaran Lain
Kurikulum PK bukan hanya mempunyai
kesepaduan dengan PJ bahkan saling menguatkan disiplin ilmu seperti berikut:
a.
Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Sains
Topik-topik bahaya seperti topik merokok, alkohol serta AIDS dalam
pendidikan kesihatan membincangkan secara saintifik bagaimana punca dan akibat
atau kesan dari bahan-bahan tersebut.
b.
Kesepaduan dengan
Mata Pelajaran Moral
Topik rasuah, etika serta keganasan dalam sukan mempunyai
kesepaduan yang jelas dengan pendidikan moral. Falsafah moral secara
epistimologi dibincangkan dengan jelas dalam menangani masalah rasuah, etika
serta keganasan dalam sukan itu.
c.
Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Geografi
Mempelajari topik pencemaran alam sekitar, secara mendalam dengan
membincangkan punca-punca pencemaran, lokasi, sifat serta ragam manusia
mempunyai persamaan sebagaimana ia dipelajari dalam mata pelajaran geografi.
d.
Kesepaduan dengan Ilmu Konsumer dalam Pendidikan Kesihatan
Topik seperti jenayah juvana, penderaan kanak-kanak dan
konsumerisme mendidik pelajar untuk memahami fenomena masalah-masalah tersebut.
e.
Kesepaduan dengan Mata Pelajaran Perubatan
Dalam PK, topik pertolongan cemas dan bantu mula dibincangkan
dengan jelas dan terperinci. Asas-asas bagi merawat kecederaan seperti melecur
dan patah dibincangkan dengan teliti sebagaimana prosedur-prosedur yang
diamalkan oleh paramedik.
6.3 AKTIVITI
Persekitaran sekolah mestilah menyediakan peluang dan ruang untuk
para guru dan murid bagi kehidupan yang lebih sihat dari aspek jasmani, emosi,
rohani serta intelek sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
a. Memastikan semua
kemudahan asas di sekolah bukan sahaja mencukupi tetapi dijaga dan diurus
bersama oleh semua warga sekolah. Ini bagi memastikan keadaan adalah bersih,
ceria, selamat serta sihat.
b.
Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan selamat
melalui aktiviti seperti gotong-royong atau program seminit sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menyemai erti tanggungjawab dan
kesedaran.
c.
Memastikan tempat-tempat utama seperti kantin, asrama,
perpustakaan serta dapur asrama sentiasa bersih, selamat dan juga mematuhi
peraturan-peraturan kesihatan sebagaimana tercatat dalam garis panduan kantin
sekolah dalam Pekeliling Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian
Asrama). Ini adalah bagi memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan
makanan berkhasiat dan bermutu oleh semua warga selaras dengan dasar pemakanan
sihat untuk kesihatan.
d.
Memastikan dan mendaulatkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas
daripada asap rokok. Papan tanda amaran, teguran terhadap ibu bapa melalui
aktiviti PIBG serta memupuk kesedaran pendidikan yang tinggi perlu
dipraktikkan.
e.
Menyediakan kemudahan tong sampah untuk kaedah kitar semula di
dalam kawasan sekolah. Dengan pengasingan sampah ini, proses mengitar semula
akan lebih mudah jika perlu diperaktikkan dengan betul.
6.3.1 Kajian Kes
a. Membuat lawatan di
tapak-tapak pelupusan sampah di tempat anda yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan. Senaraikan kebaikan dan kelemahan serta nyatakan adakah pusat tersebut
mempunyai piawai pelupusan sebagaimana yang diamalkan.
b. Membuat bancian di
daerah anda untuk mengenalpasti bilangan sekolah yang benar-benar mempraktikkan
“sekolah bebas daripada asap rokok”.
c. Menjalankan kajian di
sekolah yang mempunyai perkhidmatan pergigian untuk mendapatkan maklumat
peratusan pelajar yang mendapat kemudahan dan bagaimana pusat tersebut membantu
pelajar dalam meningkatkan mutu kesihatan oral.
6.3.2 Projek dan Poster
a. Sediakan laluan
joging yang menarik di sekeliling persekitaran sekolah anda;
b. Ceriakan dan
tingkatkan tahap kebersihan kantin sekolah;
c. Cipta tong sampah
untuk bahan kitar semula daripada bahan terbuang;
d. Wujud Lorong Ilmu
atau Pondok Kesedaran Kesihatan Persekitaran.
i. Kami Benci Dadah.
ii. Sekolah Ceria Pelajar
Berjaya.
iii. Sekolah Bebas Aedes.
iv. Kitar Semula
Menyelamatkan Dunia.
v. Kantin Bersih Makanan
Selamat.
6.3.3 Aktiviti Online
Di era teknologi masa kini, pembelajaran boleh berlaku tanpa
sempadan. Tidak ada lagi istilah bilik darjah atau guru yang bercakap di depan
untuk menjadi ikon pembelajaran. Pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana
dengan syarat mempunyai akses internet dan komputer. Pembelajaran boleh berlaku
tanpa had dan sempadan. Ini memerlukan pendekatan dan istilah baru dalam
pembelajaran hari ini. Sebagai aktiviti online, cuba layari untuk
mencari berapa banyak sekolah di negeri anda yang telah menyediakan laman web
sendiri. Buat semakan tentang berapa banyak sekolah yang mempunyai laman web
yang mengandungi akses tentang bahan-bahan berkaitan kesihatan.
RUMUSAN
·
Pendidikan Kesihatan Persekitaran dapat dilaksanakan secara formal
dan juga tidak formal. Pendidikan Kesihatan Persekitaran menjamin wujudnya
persekitaran sihat yang membentuk suasana sejahtera bagi warga sekolah.
·
Pendidikan Kesihatan Persekitaran boleh dijalankan secara
perkongsian bijak dengan agensi-agensi lain. Agensi-agensi luar dapat memberi
sokongan dalam bidang masing-masing.
·
Usaha-usaha perlu untuk menambahbaik aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah untuk memperkemaskan Pendidikan Persekitaran.
·
Menjadikan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai kesepaduan
dengan mata pelajaran akademik yang lain. Warga sekolah khusus para pelajar
harus diberi pendedahan dalam pembelajaran berdasarkan pengalaman bersama
agensi-agensi luar.
TOPIK 7 KUALITI AIR
7.1 SUMBER-SUMBER AIR DAN KUALITINYA
- bekalan air di negara kita diperolehi daripada air hujan yang
ditakung dalam empangan yang dibina di kawasan tadahan air. Kawasan tadahan
biasanya jauh dari penempatan manusia dan dikelilingi kawasan hutan yang tebal
sama ada berbentuk primer atau sekunder.
- Hutan sangat penting sebagai penampan untuk mengelak air dari
bergerak dengan laju ke hilir seterusnya sempat menyerap ke dalam tanah dan
akan berkumpul.
- Air yang dikumpul ini akan melalui proses pembersihan di
loji-loji pembersihan air di mana kuman-kuman akan dibunuh dan air akan ditapis
dengan rapi (Amerika Syarikat).
Sumber air semula jadi yang digunakan oleh manusia terdiri daripada:
a.
Air Kerpasan
Kerpasan bermaksud
proses pelepasan air dari awan yang menghasilkan air hujan, salji atau hujan
batu. Proses kerpasan ini merupakan laluan penting bagi air di atmosfera
kembali semula ke bumi dan kebanyakannya dipulangkan dalam bentuk air hujan.
Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil, tetapi secara himpunan saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia walaupun dari bumi. Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan. Pembentukan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.
Kadar kerpasan berbeza dari segi kedudukan geografi dan masa. Penerimaan air hujan adalah tidak sekata bagi dunia ini, walaupun dalam negara yang sama.
b.
Air Permukaan
Kewujudan air di
permukaan bumi merupakan satu bahagian dalam kitaran air yang mempunyai
signifikasi yang tinggi kepada semua benda hidup di muka bumi ini. Cth: sungai,
kolam, tasik, tasik buatan serta ’Tanah Lembap’. Pengaliran air keluar dan
masuk serta perubahan musim akan menyebabkan kuantiti air dalam sungai dan
tasik sentiasa berubah-ubah. Pengaliran masuk adalah disebabkan oleh kerpasan,
air larian permukaan, resapan bawah tanah dan pengaliran daripada cabang-cabang
sungai kecil. Air permukaan ialah nadi penggerak bagi semua benda hidup.
Terdapat hanya 3% air
tawar daripada jumlah air di bumi manakala tasik air tawar paya bakau hanya
membekal 0.29% daripada air bumi. 20% daripada jumlah air tawar didapati dalam
sebuah tasik iaitu Tasik Baikal di Asia. Selain itu, 20% lagi tersimpan di
dalam Great Lakes (Huron, Michigan, dan Superior) yang terdapat di Amerika
Syarikat (Shneider, 2005). Sungai hanya menyumbang kepada 0.006% daripada
jumlah air tawar di bumi ini. Daripada statistik ini, terbukti bahawa kita
sangat kekurangan sumber air untuk keperluan manusia di seluruh dunia.
c.
Air Bumi
Kebanyakan air bawah
tanah berpunca daripada kerpasan yang menyerap masuk ke bawah dari permukaan
atas bumi. Permukaan lapisan atas tanah ialah zon tidak tepu, dan
kuantiti airnya akan berubah mengikut perubahan masa tetapi tidak akan
menepukan tanah dengan air. Di bawah lapisan ini ialah zon tepu air,
iaitu kawasan yang mengandungi liang, rekahan serta ruang di antara partikel
batu yang dipenuhi oleh air.
Kerpasan yang menyerap masuk ke dalam sub-permukaan tanah selalunya boleh didapati dalam dua bentuk berbeza iaitu:
i.
Zon Tidak Tepu
§
Terdapat air di dalam celah-celah sub-permukaan batu tetapi
tanahnya adalah tidak tepu dengan air.
§
Bahagian atas bagi zon tidak tepu air ialah zon tanah yang
mempunyai ruang-ruang yang dibentuk oleh akar pokok tumbuhan yang membolehkan
kerpasan air untuk mengalami proses resapan.
§
Tumbuh-tumbuhan akan menggunakan kandungan air di zon tanah ini.
ii.
Zon Tepu
§
Terletak dibahagian bawah bagi zon tidak tepu yang diisi
sepenuhnya dengan air di celah-celah ruang di antara batu dan partikel tanah.
§
Manusia dapat menggali perigi di kawasan ini untuk mengeluarkan
kandungan airnya.
d.
Punca-punca Lain
i.
Mata Air
- terjadi apabila
sebuah akuifer telah dipenuhi oleh air sehingga melimpah keluar ke permukaan
bumi.
- boleh didapati
dalam pelbagai jenis saiz iaitu dari saiz yang kecil (mengalir selepas hujan
yang lebat) kepada kolam mata air yang besar sehingga boleh mengalirkan air
sebanyak berjuta-juta liter sehari.
- terbentuk dalam
pelbagai batu, tetapi kebanyakannya didapati dalam batu kapur dan dolomit yang
akan merekah secara mudah dan boleh dilarutkan oleh air hujan.
- Mata air panas
adalah mata air yang biasa tetapi airnya adalah suam dan di kawasan tertentu
adalah panas seperti di La Hotspring, Besut.
- didapati di kawasan
yang telah mengalami aktiviti letupan gunung berapi iaitu air telah dipanaskan
apabila bersentuhan dengan batu-bata panas jauh di bawah permukaan bumi.
ii.
Bongkah Ais atau Iceberg
-
boleh didapati sama ada di Kutub Utara atau Kutub Selatan.
Perubahan cuaca dan peningkatan suhu bumi menyebabkan suhu bumi meningkat.
-
Kesan ini menyebabkan bongkah ais mencair dan meningkatkan
kuantiti air di lautan.
7.2 PENCEMARAN AIR
Punca daripada dua cara terpenting iaitu:
-
Pencemaran secara kelompok berpunca daripada pusat rawatan air
kumbahan najis, industri kimia serta pusat penternakan haiwan.
-
tidak terkelompok dikenal pasti daripada aktiviti pertanian dan
hakisan tanah. Aktiviti pertanian melibatkan penggunaan baja dan racun yang
akan mencemarkan air.
-
Masalah utama pencemaran air sebenarnya berpunca dari aktiviti
manusia. Dari kawasan penempatan di sepanjang sungai mereka membuang sampah dan
najis dengan sesuka hati. Pusat rawatan kumbahan najis manusia yang diuruskan
oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) telah meningkat kepada 9,060 lokasi
pada 2006 berbanding 8,782 lokasi pada tahun 2005. Selangor merupakan negeri
yang mempunyai pusat rawatan kumbahan terbanyak (2,530 : 28.3%), Perak (1,343 :
14.8%), Johor (1,010 : 11.1%) dan Negeri Sembilan (928 : 10.2%).
2006, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan - 18,956 kejadian
pencemaran air disebabkan oleh pencemaran secara kelompok seperti:
a. Pusat rawatan
kumbahan najis (9,060: 47.79% melibatkan 601 rumah pam air);
b. Perkilangan dan
industri (8,543 : 45.07%);
c. Pusat ternakan haiwan
(869 : 4.58%);
d. Industri agro-base
(484: 4.58%).
7.2.1 Punca Pencemaran Air
- sumber air sungai untuk minuman dan pada masa yang sama sebagai
tempat pembuangan kotoran dan najis.
- Aktiviti manusia selalunya meningkatkan pencemaran punca air
bersih.
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Program Pemantauan
Kualiti Air Sungai di Malaysia (1978) bertujuan untuk meningkatkan tahap
kualiti air sungai, mengesan perubahan dan mengenal pasti punca pencemaran.
- Data-data kualiti air tersebut digunakan untuk menentukan status
kualiti air, sama ada bersih, sederhana tercemar atau tercemar
dan untuk mengkelaskan sungai di dalam Kelas I, II, III, IV atau Kelas V
berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA) dan Piawaian Sementara Standard Kualiti
Air Kebangsaan untuk Malaysia (INWQS) setiap tahun.
Indeks Kualiti Air (IKA) dikira berdasarkan enam parameter utama:
i. Keperluan Oksigen
Biokimia (BOD)
ii.
Keperluan Oksigen Kimia (COD)
iii.
Ammoniakal Nitrogen (NH3N)
iv.
pH
v.
Oksigen Terlarut (DO)
vi.
Pepejal Terampai (SS)
parameter lain juga dianalisa seperti logam berat dan bakteria
mengikut keperluan sesuatu tempat atau stesen. JAS juga telah menubuhkan 15
buah stesen pemantauan kualiti air sungai secara automatik untuk mengesan
perubahan secara terus menerus kepada kualiti air sungai di Sg. Perai (Seberang
Perai – Pulau Pinang), dan sebagainya.
Punca pencemaran air juga boleh kita huraikan secara berikut:
i. Aktiviti Manusia
Manusia yang rakus
dan tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banyak punca air bersih mula
tercemar.
- Penerokaan manusia
telah menyebabkan banyak hutan ditebang dan menyebabkan air hujan yang turun
bergerak dengan laju dan membawa kotoran dan lumpur ke dalam sungai. Lumpur ini
menyebabkan kualiti air menurun kerana mengandungi kelodak yang tebal.
- Penempatan manusia
juga melibatkan aktiviti pembuangan sampah dan kelemahan pengurusan sisa
kumbahan. Sampah yang dibuang merata-rata akhirnya akan sampai kepada punca air
dan berlakulah pencemaran.
- Sistem kumbahan
yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan bukan sahaja sungai tercemar
dengan bakteria tetapi turut mencemari punca air dalam tanah.
- Pelepasan sisa
toksik ke dalam sungai hasil daripada perkilangan dan pertanian menyebabkan
bukan sahaja punca air tercemar tetapi turut menjejaskan sumber makanan yang
tinggal dalam air seperti ikan dan kerang.
- Aktiviti pertanian
yang berskala besar biasanya menggunakan baja kimia dan racun makhluk perosak
yang boleh memasuki sistem aliran sungai selepas hujan. Sisa toksik yang
mengandungi kadmium, plumbum serta raksa adalah bahan pencemar yang dapat
mengancam nyawa manusia dan organisma lain.
ii. Proses-proses
Semulajadi
-
Air juga boleh tercemar melalui proses semulajadi seperti banjir
yang menenggelamkan semua tandas, tangki najis, tempat pelupusan sampah dan
kilang.
-
Musim kemarau yang melampau juga mengganggu kandungan kimia air.
Sumber air yang ditakung akan kehilangan volume melalui penyejatan menyebabkan
kandungan garam dan galian akan meningkat osmolaritinya.
-
Letupan gunung berapi dan bencana alam yang lain juga boleh
menyebabkan berlaku pencemaran punca air secara semula jadi. Larva dari gunung
berapi yang bercampur dengan sulfur menyebabkan kandungan dan punca air
terjejas dengan teruk.
iii. Pengolahan Air
Kawasan Luar Bandar
Kerajaan membina loji
air di kawasan tinggi untuk meningkatkan graviti. Air dari kawasan tadahan ataupun
sungai akan dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke paip utama. Penekanan
akan diberikan kepada kawasan terpencil seperti perkampungan Orang Asli dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak, ladang kecil serta sekolah luar bandar.
Pembangunan air tanah,
penuaian air hujan serta sistem bekalan air berasaskan graviti juga
dilaksanakan di kawasan luar bandar. Program carigali dan pembangunan air tanah
juga akan dijalankan untuk membekalkan air ke kawasan lain yang kekurangan
bekalan air dan untuk tujuan pengairan.
Pendekatan Pengurusan
Sumber Air Bersepadu (IWRM) akan diperkenalkan untuk mencapai pembangunan
sumber air yang mampan. Kajian Kebangsaan Mengenai Pelaksanaan Secara Berkesan
Pengurusan Sumber Air Bersepadu di Malaysia yang dimulakan pada tahun 2005
dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10. Kajian tersebut akan
merangka pelan tindakan dan program untuk meningkatkan kesedaran terhadap IWRM
serta mencapai pengurusan sumber air negara yang cekap dan mampan.
iv. Kaedah Pembuangan
Sampah
Sampah adalah sisa
daripada aktiviti kehidupan manusia yang semakin meningkat pengeluarannya
setiap hari. Purata 0.5kg sampah dihasilkan oleh setiap rakyat Malaysia tidak
termasuk sisa kumbahan pada setiap hari.
Proses pengurusan sampah sangat mahal walaupun dikelaskan sebagai sisa kehidupan. Skop pengurusannya meliputi tiga kategori perkhidmatan iaitu kutipan, pengangkutan dan pelupusan. Kos operasinya adalah mahal, terutama jika pelupusan menggunakan kaedah rawatan termal seperti loji insinerator atau menggunakan kaedah rawatan bioteknologi seperti tapak pelupusan sanitari.
Penglestarian sampah sepatutnya bermula dengan pengasingan bahan yang perlu dilupus dan yang boleh dikitar semula. Bahan yang boleh dikitar semula memberi impak yang besar terhadap ekonomi di mana bahan yang dipungut mempunyai nilai komersial. Bahan seperti kertas dan botol adalah bahan yang dapat dikitar semula dengan kos yang sangat rendah. Sampah juga terdiri daripada sisa pejal seperti logam tertentu. Oleh itu, sampah jenis ini atau lebih dikenali ‘sisa pepejal’ dari segi teknikal, dapat dikelaskan sebagai sumber. Dengan itu potensi sumber dalam sampah boleh dinilai dan digunakan bergantung kepada ciri dan jumlah kandungannya.
Kecuaian pengurusan pengangkutan juga menyebabkan banyak rungutan daripada masyarakat. Lori yang mengangkut sampah mengabaikan tahap kebersihan menyebabkan titisan leachate (air resapan sampah) dari lori sampah yang memualkan, tertumpah di sepanjang jalan yang dilalui.
Penubuhan syarikat konsesi pengurusan dan pelupusan sisa pepejal Southern Waste Management dan Alam Flora merupakan langkah kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan pembuangan dan pengurusan sampah termasuk pembuangan sisa kimia berjadual dan sisa pejal. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah tribunal bagi mendengar pelbagai kes rayuan yang dikemukakan berhubung dengan masalah alam sekitar.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sampah di negara kita, pengurusan harus diselesaikan menerusi pendekatan institusi dan perundangan seperti yang sedang dilaksanakan di negara-negara maju.
Dari segi kaedah pelupusan, agak mustahil kebanyakan PBT dapat menyediakan kaedah pengurusan sampah secara lestari dan mesra alam kerana keterbatasan kepakaran, kos dan tarif.
Kita juga mengharapkan pembangunan dan kajian dalam pelupusan sampah moden diutamakan untuk kita mendapat kaedah dan tatacara baru yang lebih berkesan. Dengan penglibatan golongan profesional pelbagai disiplin bagi memandu perkembangan dan kemajuan bidang pengurusan sisa pepejal akan mendekatkan kita dengan matlamat pengurusan secara lestari.
Ia juga perlu membabitkan seluruh pihak, khususnya orang ramai supaya lebih lestari dari segi penghasilan, pengasingan, penggunaan semula dan pembuangan sampah. Hanya dengan wujudnya sinergi dan kerjasama semua pihak, maka pengurusan sampah di Malaysia boleh ditingkatkan, sekaligus menjadikan sampah sebagai sumber, bukan sekadar sisa kehidupan yang berpotensi mencemarkan sumber air, tanah dan udara.
7.3 KUALITI AIR DAN KAITANNYA DENGAN KESIHATAN
Air minuman memerlukan kualiti yang lebih tinggi kerana air
merupakan sebahagian daripada faktor kesihatan manusia. Kualiti air boleh
dilihat dalam bentuk berikut:
a. Kualiti Kimia
Disebabkan sifat air yang merupakan bahan pelarut, air boleh membawa sifat kimia yang pelbagai dan beragam. Menurut Tebbutt (1983), air mempunyai sifat-sifat kimia yang penting seperti berikut:
Disebabkan sifat air yang merupakan bahan pelarut, air boleh membawa sifat kimia yang pelbagai dan beragam. Menurut Tebbutt (1983), air mempunyai sifat-sifat kimia yang penting seperti berikut:
i.
pH
Potensi ion H+ yang akan menentukan sifat kimia air sama ada asid atau alkali.
Secara mudahnya air (H2O) boleh dipisahkan kepada ion-ion seperti berikut:
Potensi ion H+ yang akan menentukan sifat kimia air sama ada asid atau alkali.
Secara mudahnya air (H2O) boleh dipisahkan kepada ion-ion seperti berikut:
Skala untuk mengukur
pH bagi air adalah antara 0 hingga 14 dan air yang sesuai diminum seharusnya
neutral pada pH 7.
ii. Potensi Pengoksidan
dan Penurunan
Dalam proses pengoksidaan, nisbah antara bahan yang terlarut dalam air bagi membentuk pengoksidaan dan penurunan akan berubah-ubah. Proses pengoksidaan melibatkan pemindahan elektron manakala proses penurunan melibatkan proses penambahan elektron. Tidak bersesuaian dengan sifat air yang dapat melarutkan sebahagian besar bahan kimia sama ada bahan pengoksidaan atau bahan penurunan.
Dalam proses pengoksidaan, nisbah antara bahan yang terlarut dalam air bagi membentuk pengoksidaan dan penurunan akan berubah-ubah. Proses pengoksidaan melibatkan pemindahan elektron manakala proses penurunan melibatkan proses penambahan elektron. Tidak bersesuaian dengan sifat air yang dapat melarutkan sebahagian besar bahan kimia sama ada bahan pengoksidaan atau bahan penurunan.
iii. Kealkalian
Air mengalami sifat kealkalian disebabkan oleh terlarutnya bahan seperti HCO3, CO3 atau OH– Kealkalian air biasanya dipengaruhi oleh tindak balas dari tanah yang mengandungi batu kapur di mana air diperolehi:
Air mengalami sifat kealkalian disebabkan oleh terlarutnya bahan seperti HCO3, CO3 atau OH– Kealkalian air biasanya dipengaruhi oleh tindak balas dari tanah yang mengandungi batu kapur di mana air diperolehi:
CaCO3 + H2O
+ CO2 → Ca (HCO3)2
iv. Keasidan
Keasidan air secara semula jadi biasanya dipengaruhi oleh sifat dan sistem CO2 dan HCO3 yang bertindak sebagai penimbal. Kedua-dua bahan tersebut boleh menghasilkan H2CO3 yang selalunya terhasil bila CO2 yang tebal di udara terlarut dalam air hujan yang menghasilkan hujan asid.
Keasidan air secara semula jadi biasanya dipengaruhi oleh sifat dan sistem CO2 dan HCO3 yang bertindak sebagai penimbal. Kedua-dua bahan tersebut boleh menghasilkan H2CO3 yang selalunya terhasil bila CO2 yang tebal di udara terlarut dalam air hujan yang menghasilkan hujan asid.
v. Kekerasan Air
Kekerasan air boleh dibahagi kepada dua iaitu kekerasan karbonat dan kekerasan bukan karbonat. Kekerasan air juga dikenali sebagai liat disebabkan kehadiran ion Ca2+ dan Mg2+ dan sesetengahnya kerana kehadiran Fe2+. Logam ini selalunya dikaitkan dengan SO4, Cl– dan NO3. Sifat air ini biasanya rentan dengan sabun di mana sabun gagal berbuih dan air tidak dapat dilembutkan.
Kekerasan air boleh dibahagi kepada dua iaitu kekerasan karbonat dan kekerasan bukan karbonat. Kekerasan air juga dikenali sebagai liat disebabkan kehadiran ion Ca2+ dan Mg2+ dan sesetengahnya kerana kehadiran Fe2+. Logam ini selalunya dikaitkan dengan SO4, Cl– dan NO3. Sifat air ini biasanya rentan dengan sabun di mana sabun gagal berbuih dan air tidak dapat dilembutkan.
vi. Oksigen Larut (DO)
Air yang tercemar biasanya mengandungi banyak kandungan bahan organik. Kandungan organik ini boleh diukur dengan faktor keperluan oksigen untuk penstabilannya. Ada beberapa parameter DO yang digunakan iaitu:
Air yang tercemar biasanya mengandungi banyak kandungan bahan organik. Kandungan organik ini boleh diukur dengan faktor keperluan oksigen untuk penstabilannya. Ada beberapa parameter DO yang digunakan iaitu:
§ BOD – Keperluan
oksigen oleh mikroorganisma yang menguraikan bahan organik di dalam air.
§ COD – Ia adalah keperluan
oksigen oleh bahan endap cemar kimia.
§ PV – terdiri
daripada nilai permangganat iaitu hasil tindak balas kimia dengan menggunakan K2Cr2O7.
vii. Klorid
Klorid banyak membawa masalah kepada kualiti rasa pada air dan sering terlepas dalam sistem pembersihan air kerana sifatnya yang mudah larut dalam air, mempunyai keistimewaan membunuh kuman serta tidak berbahaya kepada manusia. Walau bagaimanapun, kajian mutakhir menunjukkan kandungan klorin yang tinggi boleh menjejaskan tahap kesihatan bayi dalam kandungan (Hwang, 2008).
Klorid banyak membawa masalah kepada kualiti rasa pada air dan sering terlepas dalam sistem pembersihan air kerana sifatnya yang mudah larut dalam air, mempunyai keistimewaan membunuh kuman serta tidak berbahaya kepada manusia. Walau bagaimanapun, kajian mutakhir menunjukkan kandungan klorin yang tinggi boleh menjejaskan tahap kesihatan bayi dalam kandungan (Hwang, 2008).
b. Kualiti Biologi
- bermaksud kandungan air bersih seharusnya bebas daripada faktor biologi seperti cacing, amoeba, plasmodium, parmesium, bakteria, kulat serta virus yang boleh berada dalam air. Faktor pencemaran biologi air biasanya berlaku apabila air dicemari oleh najis haiwan atau manusia. Umumnya, air yang dipengaruhi faktor biologi berpunca dari pelbagai sumber seperti air perigi, sungai, tasik, air yang bertakung, air kumbahan serta air saliran.
Air bertindak sebagai satu perantara atau pembawa bagi transmisi mikro-organisma penyebab penyakit. Penambahan bahan organik ke dalam air boleh merendahkan kualiti biologi air. Bahan organik akan menyebakan keaktifan mikrob. Gejala pencemaran organik seperti haiwan mati dan berbau busuk misalnya, adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti mikrob. Di dalam kawalan mutu air, bakteria bukan patogen iaitu bakteria yang ada kaitan dengan najis digunakan untuk menilai kehadiran pencemaran najis di dalam air dan secara tidak langsung menunjukkan kehadiran mikroorganisma patogen.
- bermaksud kandungan air bersih seharusnya bebas daripada faktor biologi seperti cacing, amoeba, plasmodium, parmesium, bakteria, kulat serta virus yang boleh berada dalam air. Faktor pencemaran biologi air biasanya berlaku apabila air dicemari oleh najis haiwan atau manusia. Umumnya, air yang dipengaruhi faktor biologi berpunca dari pelbagai sumber seperti air perigi, sungai, tasik, air yang bertakung, air kumbahan serta air saliran.
Air bertindak sebagai satu perantara atau pembawa bagi transmisi mikro-organisma penyebab penyakit. Penambahan bahan organik ke dalam air boleh merendahkan kualiti biologi air. Bahan organik akan menyebakan keaktifan mikrob. Gejala pencemaran organik seperti haiwan mati dan berbau busuk misalnya, adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti mikrob. Di dalam kawalan mutu air, bakteria bukan patogen iaitu bakteria yang ada kaitan dengan najis digunakan untuk menilai kehadiran pencemaran najis di dalam air dan secara tidak langsung menunjukkan kehadiran mikroorganisma patogen.
RUMUSAN
·
Air merupakan keperluan utama manusia dan perlu dikekalkan tahap
kebersihannya.
·
Air terdiri daripada pelbagai jenis seperti air kerpasan, air
permukaan dan air bumi.
·
Pencemaran air berlaku kerana aktiviti manusia yang gagal mengurus
sisa dan sumber yang menyebabkan air tercemar.
·
Kaedah pembuangan sampah perlu dilestarikan agar kita tidak akan
ditimpa musibah akibat sistem pelupusan yang tidak berkesan.
·
Air yang bersih menjamin kesihatan.
TOPIK 8 PENCEMARAN PERSEKITARAN
8.1 PUNCA DAN JENIS PENCEMARAN
- global warming atau pemanasan global, iaitu
satu fenomena di mana suhu dunia naik akibat kemerosotan lapisan ozon. Lapisan
ozon amat penting dalam melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu matahari.
Akibat peningkatan suhu bumi, salji dan glasier di kutub utara dan
selatan semakin cair dan diramalkan akan menyebabkan kenaikan paras air laut.
Kesan: tempat atau negara yang berada di bawah paras laut dinaiki air.
8.1.1 Pencemaran Udara atau Atmosfera
- berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
- berlaku apabila bahan beracun atau toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
- Punca: kilang-kilang di kawasan
perindustrian, kenderaan bermotor, kapal terbang, pembakaran terbuka, kebakaran
hutan dan sebagainya.
- punca pencemaran udara oleh faktor
semulajadi seperti letusan gunung berapi.
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa pencemaran udara menjejaskan aspek kesihatan manusia baik secara langsung dan tidak langsung: masalah jangkitan saluran pernafasan, paru-paru, kanser dan sebagainya. Fenomena hujan asid juga merupakan kesan secara tidak langsung akibat pencemaran udara kepada tumbuh-tumbuhan.
Bahan cemar yang dikeluarkan boleh dikategorikan kepada dua sumber:
Ø
Sumber primer adalah berpunca
daripada proses seperti debu daripada letusan gunung berapi, gas karbon
monoksida daripada kenderaan bermotor atau gas sulfur dioksida yang dilepaskan
dari kilang.
Ø
Sumber sekunder berlaku apabila
bahan cemar yang dikeluarkan oleh kilang itu bukan sahaja mencemari udara
secara fizikal malah bertindak balas dengan udara. Contoh, berlakunya kabus
fotokimia (photochemical fog) di peringkat lapisan ozon.
Fenomena hujan asid di mana bahan cemar
bertindak balas dengan udara yang menyebabkan kandungan air hujan yang jatuh ke
bumi mempunyai paras keasidan tinggi menjejaskan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan
akuatik.
8.1.2 Pencemaran Air
Pencemaran air melibatkan sumber air seperti tasik, sungai, laut
serta air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang dikeluarkan melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian, perumahan, penerokaan
tanah dan sebagainya.
Air dikatakan tercemar apabila dicemari oleh bahan cemar
antropogenik dan tidak dapat menampung atau menjadi sumber untuk kegunaan
manusia seperti untuk air minuman atau sebagai tempat untuk hidupan biotik
seperti ikan, kerang, batu karang dan hidupan lain.
Faktor-faktor semula jadi : letusan gunung berapi, pertumbuhan
alga serta gempa bumi juga boleh mengubah kualiti air.
Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan pencemaran air ialah:
a.
Patogen
Pencemaran yang berpunca daripada bahan cemar seperti patogen yang terdiri daripada mikroorganisma yang merbahayakan kesihatan manusia. Ahli sains menggunakan kadar kehadiran mikroorganisma patogen dalam air untuk menentukan sama ada air itu selamat untuk kegunaan manusia atau tidak. Indikator kehadiran patogen yang digunakan ialah dengan mengukur kehadiran sejenis bacteria merbahaya iaitu Coliform, Salmonella, cacing parasit (helminth), Cryptosporium Parvum.
Pencemaran yang berpunca daripada bahan cemar seperti patogen yang terdiri daripada mikroorganisma yang merbahayakan kesihatan manusia. Ahli sains menggunakan kadar kehadiran mikroorganisma patogen dalam air untuk menentukan sama ada air itu selamat untuk kegunaan manusia atau tidak. Indikator kehadiran patogen yang digunakan ialah dengan mengukur kehadiran sejenis bacteria merbahaya iaitu Coliform, Salmonella, cacing parasit (helminth), Cryptosporium Parvum.
Sumber air kumbahan ialah dari kawasan perumahan dari rumah, pejabat dan kedai disalurkan terus ke laut, ladang penternakan yang tidak mengamalkan aspek sistem sisa kumbahan yang sistematik juga boleh menyumbangkan kepada masalah pencemaran air ini.
b. Bahan Cemar Kimia
Bahan cemar organik terdiri
daripada bahan-bahan buangan seperti detergen, bahan kimia untuk memproses
makanan, racun makhluk perosak dan rumpai, bahan petroleum dan hidrokarbon,
kayu dan hasil pembalakan dan sebagainya.
Bahan bukan organik terdiri
daripada logam berat yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor dan dibawa oleh
air larian permukaan semasa hujan, mendapan atau lumpur akibat daripada
pembinaan, pembalakan serta baja yang mengandungi bahan nutrien seperti nitrat
dan fosfat yang digunakan di kawasan perladangan.
c. Pencemaran Termal
Perbezaan dan
perubahan suhu air buangan menjejaskan kehidupan akuatik seperti ikan, kerang,
plankton, batu karang dan sebagainya.
Contoh: air yang
disalurkan atau dibuang ke dalam sungai atau tasik setelah digunakan untuk
menyejukkan kilang atau loji janakuasa.
8.1.3 Pencemaran Tanah
Bahan cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas
permukaan atau ke dalam tanah. Antara bahan cemar ialah hidrokarbon, bahan
solven, racun makhluk perosak, bahan radioaktif serta logam berat. Kesan
pencemaran tanah mempunyai kaitan dengan kesihatan manusia dan organisma lain
seperti tumbuhan dan binatang di mana ia berlaku apabila bahan cemar tersebut
memasuki sistem rantaian makanan. Tanah yang tercemar tidak sesuai untuk
tanaman bahan makanan. Bahan merbahaya memasuki rantai makanan manusia apabila
tumbuhan yang mengandungi bahan cemar merbahaya dimakan oleh binatang ternakan
seperti lembu. Manusia pula bergantung kepada lembu sebagai bekalan daging dan
susu.
Contoh kejadian letupan loji nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 yang telah mencemari banyak kawasan penternakan di negara-negara sekitar Eropah dan Kesatuan Soviet dengan bahan radioaktif. Debu-debu radioaktif yang dibawa angin ini telah mencemarkan padang ragut penternakan lembu dan kambing biri-biri.
Contoh kejadian letupan loji nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 yang telah mencemari banyak kawasan penternakan di negara-negara sekitar Eropah dan Kesatuan Soviet dengan bahan radioaktif. Debu-debu radioaktif yang dibawa angin ini telah mencemarkan padang ragut penternakan lembu dan kambing biri-biri.
8.2 KAWALAN PENCEMARAN
Kelangsungan hidup manusia dan lain-lain organisma hidup tertakluk
kepada kesesuaian persekitaran mereka. Jika alam sekitar musnah, maka musnahlah
kehidupan.
8.2.1 Perundangan dan Penguatkuasaan
Aspek perundangan dan penguatkuasaan mengawal persekitaran di
Malaysia - semua aktiviti persekitaran adalah termaktub di dalam Akta Kualiti
Persekitaran (Environment Quality Act, 1974) Pindaan tahun 1985 dan
tahun 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong oleh lain-lain akta
yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk menjaga alam sekitar.
Intipati akta ialah untuk memastikan setiap aspek perancangan dan
pelaksanaan pembangunan sama ada dalam aspek perindustrian, pertanian,
perumahan, perbandaran, penerokaan kawasan baru dan sebagainya tidak
memusnahkan alam sekitar. Peruntukan akta yang memperuntukkan perlunya
penilaian impak alam sekitar atau Environmental Impact Assessment (EIA)
yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pembangunan dilakukan.
Aspek kawalan alam sekitar ialah:
a.
Akta Tanah Kekal 1960
Agensi pelaksana ialah Jabatan Tanah dan Galian. Tujuan akta ini
ialah untuk mengekalkan landskap dan perlindungan tanah daripada hakisan dan
pembukaan jalan.
b.
Akta Perancangan Bandar 1976
Agensi pelaksana ialah Jabatan Perancangan Bandar. Tujuannya ialah
untuk mengawal dan merancang serta mengatur pembangunan dan penggunaan tanah
serta kediaman dalam kawasan.
c.
Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993)
Agensi pelaksana ialah Jabatan Perhutanan. Tujuannya ialah
menghalang penebangan, penghapusan serta pembakaran pokok-pokok di kawasan
rizab hutan.
d.
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Agensi pelaksana ialah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.
Tujuannya ialah untuk memastikan kegiatan industri di bawah bidang kuasanya
tidak membuang bahan cemar secara sewenang-wenangnya sehingga boleh menjejaskan
kualiti air, tanah serta udara.
8.2.2 Penempatan Perusahaan
- bergantung kepada sektor industri untuk menjana ekonomi mereka.
Sebagai contoh, negara Jepun merupakan salah sebuah negara maju atau negara
industri utama di dunia yang tidak memiliki bahan mentah seperti minyak, arang
batu dan sebagainya. Tetapi pembangunan industri di negara Jepun ialah aspek
tanggungjawabnya dalam mengutamakan alam sekitar dalam proses pembangunannya.
Di Malaysia, bidang perindustrian khasnya industri elektronik dan
pembuatan merupakan salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK). Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan
kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang terdapat di dalam Akta
Kualiti Persekitaran 1974.
Maknanya EIA harus dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dimulakan. Jika kesan pembangunan memudaratkan alam sekitar, maka ia sepatutnya dipertimbangkan dengan teliti untuk diubahsuai atau dibatalkan (Jabatan Alam Sekitar) - memastikan kualiti air, udara serta tanah sentiasa terjaga tanpa dicemari oleh bahan buangan industri.
Penentuan zon kawasan industri di sesebuah tempat merupakan salah satu panduan dan peraturan yang secara langsung menyokong Akta Kualiti Persekitaran 1974. Ini memastikan pembinaan sesebuah kawasan industri seperti tapak dan lokasi kilang-kilang tidak dibina secara sewenang-wenangnya.
Penggunaan tanah di Malaysia dizonkan iaitu untuk rizab hutan, perhutanan, perumahan, perladangan, industri berat serta industri sederhana dan sebagainya. Pertukaran kegunaan tanah untuk tujuan lain hendaklah berdasarkan peraturan yang diperuntukkan oleh jabatan tanah sesebuah negeri. Pembukaan kawasan untuk perumahan, pejabat serta sekolah tidak seharusnya terlalu dekat dengan kilang atau kawasan industri.
Tujuannya: mengelakkan pendedahan penduduk kepada pencemaran
bunyi, udara, bau dan sebagainya.
8.2.3 Kemudahan untuk Sanitasi Persekitaran
Sanitasi persekitaran penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu
bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari kawasan
perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya. Di kawasan bandar, bahan
buangan seperti najis manusia merupakan salah satu bahan yang menyumbang kepada
air kumbahan. Air kumbahan boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti
Kolera, Tifoid serta Hepatitis A. Sanitasi persekitaran yang baik dan sempurna
juga melibatkan penyediaan bekalan air yang bersih dan sistem pembuangan sampah
yang sempurna.
Sanitasi melibatkan aspek rawatan dari segi sistem pembentungan sama ada ia dirawat dengan sempurna sebelum air yang telah dirawat dilepaskan ke sungai atau laut.
Sanitasi yang sempurna juga melibatkan bidang penternakan seperti ladang-ladang ternakan lembu dan khinzir. Amalan penternakan yang baik adalah mengamalkan sistem sanitasi yang sempurna iaitu bahan buangan khasnya najis dirawat dengan sempurna terlebih dahulu sebelum ia selamat dilepaskan ke sungai.
8.3 USAHA PENCEGAHAN DALAM PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN
Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Contoh wabak yang
telah berlaku dalam tahun 1990-an hingga kini ialah wabak Severe Acute
Respiratory Syndrome(SARS), selesema burung, penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut (HFMD) serta influenza A H1N1. Wabak ini secara epidemiologikalnya
didorong oleh mobiliti penduduk sesebuah negara yang boleh bergerak dengan
cepat di dalam negara dan antara negara, lantaran kemudahan pengangkutan udara.
Semenjak revolusi perindustrian di Eropah beberapa abad yang lalu, masyarakat manusia bukan setakat memperolehi keuntungan dari segi meningkatnya produktiviti lantaran kecanggihan teknologi malah turut menerima tempias buruknya iaitu pencemaran dan masalah kesihatan.
Promosi Kesihatan
Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang
ramai atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan, tetapi ia lebih kepada
menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar dan mengambil tindakan yang
perlu untuk mencegah sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
Promosi kesihatan persekitaran ialah berkaitan dengan amalan menjaga diri dan keluarga daripada penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi, kolera, keracunan makanan dan sebagainya. Misalnya, penyakit denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes yang membiak dalam air jernih. Langkah pencegahan - mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes supaya jentik-jentik tidak dapat hidup.
Matlamat promosi kesihatan sebagai satu cara hidup dan bukannya
semata-mata kesedaran sahaja tetapi tidak disokong dengan tindakan dan amalan.
Matlamat akhir promosi kesihatan dalam konteks penjagaan kesihatan persekitaran terletak di bahu setiap individu bertanggungjawab dan boleh bertindak untuk menjaga alam sekitar.
Diagnosis Awal dan Rawatan Awal
Diagnosis awal yang biasa dilakukan dalam kes-kes penyakit bawaan vector:
Denggi dan Malaria ialah diagnosis makmal. Darah pesakit diambil
dan diperiksa untuk mengesan penyakit dan jenis-jenis parasit serta pengawasan
kualiti dengan menggunakan kaedah-kaedah makmal tertentu. Diagnosis awal boleh berpeluang
kepada pihak kesihatan untuk melakukan penyiasatan kes, susulan kes, kajian dan
pemantauan persekitaran yang menjadi faktor kejadian penyakit seperti Denggi,
Malaria, HFMD, Influenza A H1N1.
Siasatan dilakukan untuk menentukan sejarah pesakit dan mengenal
pasti punca seseorang itu boleh mendapat penyakit. Contact tracing -
mengenal pasti orang yang ada kaitan dengan pesakit untuk kenal pasti sama ada
mereka dijangkiti atau menjangkiti pesakit.
Menghadkan Kecacatan dan Pemulihan
Rehabilitasi / pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi
mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan
ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.
Individu yang mendapat serangan strok sekiranya sembuh berkemungkinan lumpuh
sebelah badan atau kaki dan tangan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Matlamat rehabilitasi atau pemulihan ialah mengurangkan kesan ketidakupayaan
ini kepada pesakit.
RUMUSAN
·
Pencemaran bukan setakat mendatangkan kesan buruk kepada manusia
malah kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
·
Pencemaran udara atau atmosfera berlaku apabila bahan beracun atau
toksid sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk dilepaskan ke udara.
·
Pencemaran air melibatkan sumber atau punca air seperti tasik,
sungai, laut dan air bawah tanah yang dicemari oleh bahan cemar yang
dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti perkilangan, pertanian,
perumahan, penerokaan tanah dan sebagainya.
·
Pencemaran tanah berlaku apabila terdapatnya bahan cemar yang
dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke dalam
tanah. Keadaan ini mengganggu keadaan asal atau semulajadi struktur tanah.
·
Peraturan utama yang berkaitan dengan semua aktiviti persekitaran adalah
termaktub di dalam Akta Kualiti Persekitaran (Environment Quality Act,
1974), pindaan tahun 1985 dan 1996 (Azizi Ahmad, 2007). Akta ini turut disokong
oleh lain-lain akta yang menjurus kepada matlamat yang sama iaitu untuk
mempelihara dan menjaga alam sekitar.
·
Keperluan dan perancangan untuk membina kilang dan pembukaan
kawasan baru untuk industri tertakluk kepada panduan yang tedapat di dalam Akta
Kualiti Persekitaran 1974 yang menyediakan rangka kerja berkaitan dengan
undang-undang dan peraturan alam sekitar di Malaysia.
·
Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah
kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kumbahan dari
kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.
·
Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Ungkapan ini
membawa kepada makna bahawa langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat
terlebih dahulu dalam aspek perancangan dan pelaksanaan apa-apa aktiviti yang
berkaitan dengan aspek persekitaran.
·
Promosi kesihatan bukan setakat memberikan kesedaran kepada orang
ramai atau masyarakat awam berkaitan maklumat kesihatan. Malah, ia lebih kepada
menggerakkan dan memperkasakan mereka supaya sedar serta mengambil tindakan
yang perlu untuk melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit
atau masalah kesihatan.
·
Diagnosis awal dan rawatan awal amatlah penting dalam pengendalian
sesuatu penyakit. Dengan membuat pemeriksaan awal, pihak hospital atau klinik
boleh mengenal pasti punca-punca penyakit serta jenis rawatan dan ubat yang
boleh diberikan kepada pesakit.
·
Rehabilitasi atau pemulihan bukan setakat memberikan ubat bagi
mengurangkan penyakit yang dihidapi tetapi juga untuk mengurangkan
ketidakupayaan serta mempertingkatkan kualiti hidup seseorang pesakit itu.
TOPIK 9 PENGAWALAN JANGKITAN DALAM
KESIHATAN
9.1 JANGKITAN MIKROBIOLOGI
Empat jenis mikrobiologi akan dibincangkan di bahagian ini iaitu
bakteria, virus, kulat serta protozoa.
Bakteria
Bakteria adalah bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 μm.
Bakteria boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sebagai oganisma seni,
bakteria boleh hidup dan membiak di mana sahaja seperti di tanah, air, debu
serta habuk; tetapi dengan syarat tempat tersebut menyediakan sumber makanan
dan tempat untuk ia membiak dan tumbesaran.
Penyakit berjangkit: Tibi, Kolera, Tifoid; Bakteria baik dalam tanah menggunakan nitrogen yang terdapat di udara untuk tumbesarannya; dimana apabila bakteria tersebut mati, bahan organik akan dikeluarkan ke dalam tanah dan menjadikan tanah lebih subur untuk menampung tumbuhan dan hidupan lain.
Bakteria boleh dikategorikan aspek iaitu bentuk atau morfologi, keperluan kepada makanan serta perbezaan struktur. Dari segi bentuk atau morfologi, bakteria dibahagikan kepada:
a. Cocci – Berbentuk bulat dan berupa dalam rantaian (stretococci), clumps atau
berkelompok (staphylococci) atau berpasangan (diplococci).
b. Bacilli atau berbentuk batang (rod-shaped).
c. Spiral atau berbentuk lingkaran.
Untuk tumbesaran / hidup, bakteria memerlukan makanan, air serta
asid amino. Dari udara pula, bakteria memerlukan karbon dioksida untuk hidup.
Spesies bakteria yang menyebabkan penyakit atau kemudaratan kepada manusia dinamakan sebagai patogen. Contoh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan: Salmonella sp., Clostridium Perfringens, Clostridium Botulinum, Staphylococcus Aureus . Spesies-spesis ini boleh mendatangkan kemudaratan apabila ia mencemari makanan yang diambil oleh manusia. Patogen seperti Clostridium botulinum juga mengeluarkan toksin beracun. Toksin ini dapat melemahkan dan merosakkan sistem saraf seseorang.
Spesies bakteria yang menyebabkan penyakit atau kemudaratan kepada manusia dinamakan sebagai patogen. Contoh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan: Salmonella sp., Clostridium Perfringens, Clostridium Botulinum, Staphylococcus Aureus . Spesies-spesis ini boleh mendatangkan kemudaratan apabila ia mencemari makanan yang diambil oleh manusia. Patogen seperti Clostridium botulinum juga mengeluarkan toksin beracun. Toksin ini dapat melemahkan dan merosakkan sistem saraf seseorang.
Bakteria mempunyai sejenis mekanisme pertahanan untuk hidup dan
membiak sekiranya bekalan makanan dan nutrien di persekitarannya menjadi
semakin kurang. Ini dilakukan dengan membentuk lapisan pelindung di
sekelilingnya (spora). Perlindungan ini membolehkan bakteria terus hidup
dalam keadaan yang tidak aktif. Jika keadaan persekitaran sesuai dengan
keperluannya, spora akan bertukar kepada bentuk bakteria biasa yang kemudiannya
bercambah dengan cepat (Noryati Ismail, 2000).
Virus
Virus adalah lebih kecil berbanding dengan bakteria dan hanya
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Virus adalah
mikrob yang hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau
bendalir seperti dalam badan manusia atau haiwan. Virus mengandungi teras iaitu
Asid Nuklei (DNA atau RNA) dan dikelilingi oleh lapisan protein (Capsid). Ia
melindungi Asid Nuklei dan merangsang pelekatan virus kepada sel hos atau
perumah.
Virus adalah sejenis parasit iaitu ia tidak dapat membiak di luar sel hidup dan tidak dapat hidup lama di luar sel hidup. Virus menggunakan kaedah dengan masuk dan melekat kepada sel hos, ia menyuntik Asid Nukleiknya ke dalam DNA hos tersebut. Seterusnya, virus tersebut mengambil alih sel protein hos dan mula membuat partikel untuk pengeluaran virus yang baru.
Virus terdapat di mana-mana, ada yang merbahaya dan tidak
merbahaya. Sebahagian merbahaya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit
seperti Influenza, cacar, HIV dan sebagainya.
Virus menyerang atau memusnahkan sel-sel hos dengan tiga cara iaitu:
a. Cytopathic Effect (CPE) – Berlaku apabila sesuatu virus
menjangkiti hos/perumah dan seterusnya membunuh selnya. Contoh: adenovirus.
b. Latency –peringkat di mana sesuatu virus berada pada peringkat
pendam (Dormant) dan berpotensi untuk memusnahkan sel hos. Contoh:
Virus Varicella-Zoster yang menyebabkan penyakit kayap.
c. Transformation – Satu kaedah di mana virus boleh mengubah sel hos / perumah
kepada bentuk Malignan (kanser).
Cth: jangkitan virus
Hepatitis B menyebabkan seseorang mendapat penyakit kanser hati (Liver
Carcinoma).
Kulat / Fungi
Kulat adalah
mikroorganisma bersel Eukaryotic. Kulat lebih kompleks daripada
bakteria dan ia mengandungi nukleus yang mengandungi kromosom di dalam selaput
membran.
a. Yis – Sel berbentuk bulat membiak secara berpasangan. Contoh: Cryptococcus
neoformans.
b. Fungi seperti yis
– ia membiak dengan cara berpasangan dan sebahagian lagi membentuk filamen.
Contoh: Candida Albicans.
c. Filamentous Fungi – Tumbuh sebagai filamen, contohnya kulat yang menyebabkan
jangkitan kurap.
d. Dimorhic Fungi – Dua bentuk: yis
di badan tetapi membentuk Mycelia di persekitaran atau di dalam kultur.
Contoh:Blastomyces dan Histoplasma.
Penyakit berkaitan
kulat atau Mycose terbahagi kepada:
i. Penyakit yang
menjangkiti kulit seperti penyakit kurap.
ii.
Penyakit yang menjangkiti keseluruhan sistem badan, cth penyakit Histoplamosis.
Contoh, jangkitan sekunder yang berlaku dalam kalangan pesakit AIDS dan pesakit
kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.
Protozoa
-
merupakan mikroorganisma yang mempunyai Sel Eukaryotic.
-
sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz (5 hingga 50 μm).
-
lebih besar daripada bakteria.
-
mempunyai nukleus yang dikelilingi oleh lapisan membran yang
terdapat dalam Cytoplasm. Cytoplasm terbahagi kepada Endoplasm
yang berkaitan dengan pemakanan dan Ectoplasm.
-
Spesies protozoa yang menyebabkan penyakit kepada manusia ialah Plasmodium
(Penyakit Malaria), Entamoeba (Penyakit Amoebic Dysentery) dan Cryptosporidia
(penyakit cirit-birit).
9.2 RANTAI JANGKITAN
Jangkitan bermaksud
penaklukan badan oleh mikroorganisma yang merbahaya (patogen): bakteria, kulat,
protozoa dan virus. Setiap organisma hidup mempunyai mekanisme pertahanan untuk
mengelak atau menentang ancaman daripada organisma lain demi untuk kelangsungan
hidup.
9.2.1 Mekanisme Pertahanan
Mekanisme Pertahanan Luaran
a.
Kulit
Kulit berperanan sebagai pertahanan yang menghalang atau mencegah organisma luar memasuki tisu atau organ dalam badan, membunuh sebahagian spesies mikroorganisma apabila ia tersentuh dengan permukaan kulit.
Kulit berperanan sebagai pertahanan yang menghalang atau mencegah organisma luar memasuki tisu atau organ dalam badan, membunuh sebahagian spesies mikroorganisma apabila ia tersentuh dengan permukaan kulit.
Contoh: permukaan
kulit mempunyai keupayaan untuk mencegah kemasukan bacteria salmonella ke
dalam badan sekiranya ia tersentuh dengan kulit.
b.
Membran Mukus
Ia bertindak sebagai
lapisan penghalang yang mencegah organisma daripada memasuki tisu di dalam
badan, membunuh mikroorganisma yang tersentuh dengan permukaan Membran.
Contoh, air mata,
mukus hidung serta air liur mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai
lisozim yang mampu membunuh mikroorganisma yang dibawa oleh udara sekiranya
tersentuh dengan permukaan hidung dan mata.
Mekanisme Pertahanan
Dalaman
Terdapat beberapa
cara mekanisme pertahanan dalaman berfungsi melindungi badan iaitu:
a.
Phagocytosis
Istilah ini merujuk kepada sel-sel tertentu dalam badan bertindak yang memakan mikroorganisma asing yang berjaya memasuki badan seseorang. Sel tersebut mengeluarkan enzim untuk membunuh dan menghadam mikroorganisma asing tersebut.
Istilah ini merujuk kepada sel-sel tertentu dalam badan bertindak yang memakan mikroorganisma asing yang berjaya memasuki badan seseorang. Sel tersebut mengeluarkan enzim untuk membunuh dan menghadam mikroorganisma asing tersebut.
b.
Bacteriolysis
Pertahanan jenis ini melemahkan dinding luar mikroorganisma asing. Apabila lapisan dinding tersebut berada dalam keadaan lemah dan rapuh, ia memudahkan air masuk ke dalamnya sehinggalah mikroorganisma itu berada pada peringkat dipenuhi air dan seterusnya pecah.
Pertahanan jenis ini melemahkan dinding luar mikroorganisma asing. Apabila lapisan dinding tersebut berada dalam keadaan lemah dan rapuh, ia memudahkan air masuk ke dalamnya sehinggalah mikroorganisma itu berada pada peringkat dipenuhi air dan seterusnya pecah.
Kenalpasti Lingkungan
Jangkitan
Apabila Patogen telah
memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah
dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit,
dia dikatakan telah menghidapi satu penyakit berjangkit. Lingkungan jangkitan
sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain
of infection).
Enam elemen tersebut adalah:
a.
Agen Penyebab
Ia terdiri daripada
mikroorganisma yang merbahaya, juga dikenali sebagai patogen. Patogen boleh
wujud dalam bentuk virus, bakteria, Protozoa atau kulat tertentu yang
merbahayakan kesihatan manusia.
b.
Reservoir
Tempat di mana Patogen boleh hidup, tumbesaran dan membiak. Antara tempat atau sumber ini ialah manusia, serangga, makanan, air, objek serta peralatan.
Tempat di mana Patogen boleh hidup, tumbesaran dan membiak. Antara tempat atau sumber ini ialah manusia, serangga, makanan, air, objek serta peralatan.
c.
Portal of Exit
Elemen ini merujuk
kepada cara sesuatu Patogen itu keluar dari sumber atau perumahnya. Antara
cara-caranya ialah melalui bendalir dalam badan manusia seperti darah, semen
(air mani), air kencing, najis, mukus serta sebagainya.
d.
Cara Transmisi
Elemen ini
menerangkan bagaimana Patogen yang keluar dari perumah mencari peluang untuk
memasuki atau menjangkiti perumah yang lain. Terdapat lima cara utama patogen
boleh memasuki perumah iaitu melalui:
Sentuhan secara langsung melibatkan antara manusia dengan manusia. Patogen boleh berjangkit melalui sentuhan dengan berjabat tangan, hubungan seksual atau seseorang pesakit mendapat jangkitan daripada tangan pegawai perubatan yang telah tercemar dengan Patogen.
Sentuhan secara tidak langsung melibatkan sentuhan
dengan objek yang dikongsi bersama orang lain seperti barang permainan bagi
kanak-kanak, tombol pintu, suis elektrik dan sebagainya.
ii.
Air-borne atau melalui udara
Cara ini melibatkan
patogen masuk ke dalam badan seseorang apabila udara yang tercemar dengan
patogen itu masuk ke dalam saluran pernafasan apabila seseorang itu bernafas.
Cara ini terbahagi kepada dua:
Secara titisan (Droplets) berlaku apabila
patogen itu berpindah kepada orang lain melalui pemindahan titisan air liur
semasa bercium (deep kissing), bersin, bercakap serta batuk
Titisan Nuklei (Droplet Nuclei), Patogen berada dalam
titisan yang paling seni dan mudah disebarkan oleh udara. Cara ini memudahkan
ia masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan.
iii.
Common vehicle atau bahan awam
Pemindahan patogen
melalui cara ini berlaku apabila bahan-bahan menjadi pembawa kepada patogen
tersebut. Misalnya bahan makanan, air, bekalan serta produk darah tercemar atau
peralatan perubatan yang tercemar dengan patogen.
iv.
Vektor
Patogen dipindahkan atau dibawa oleh haiwan (tikus, anjing) atau serangga (lalat, kutu, nyamuk, lipas).
Patogen dipindahkan atau dibawa oleh haiwan (tikus, anjing) atau serangga (lalat, kutu, nyamuk, lipas).
v.
Blood-borne atau melalui darah
Pemindahan Patogen
melalui pemindahan atau sentuhan darah yang tercemar dengan Patogen seperti
dalam jangkitan HIV dan Hepatitis B.
e.
Portal of Entry
-
melibatkan cara-cara Patogen memasuki badan hos atau perumah.
Contoh: melalui luka
di kulit, membran mukus di mata, saluran pernafasan, alat kelamin, hidung dan
mulut, saluran penghadaman dan sebagainya.
f.
Susceptible Host
Elemen ini merujuk kpd
kerentanan / kesesuaian seseorang yg berkaitan dgn faktor umur, genetik, status
pemakanan, kebersihan diri, tahap stres, tahap imuniti badan serta keseluruhan
tahap kesihatan seseorang.
Contoh: seseorang
yang sihat mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat jangkitan Patogen
berbanding dengan seseorang yang sedang menjalani rawatan Kemoterapi bagi
merawat penyakit kanser.
Agen Pengawal
Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera
yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh.
Contoh: kes seorang kanak-kanak yang mendapat penyakit Batuk Kokol,
tidak akan diserang penyakit ini lagi kerana sistem pertahanan badannya telah
menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan antibodi.
Antibodi adalah protein khas yang terdapat di dalam darah (Immunoglobulin) (singkatan
Ig). Antibodi bertindak menentang organisma seperti Patogen yang menyebabkan
penyakit atau toksin yang dihasilkan oleh organisma. Antibodi melekat pada
organisma lalu membunuhnya. Ia juga boleh melekat pada toksin dan menghentikan
tindakan bahaya toksin itu. Antibodi ini disebut antitoksin.
9.3 MENCEGAH DAN MENGAWAL JANGKITAN
Cara mencegah dan mengawal jangkitan penyakit seperti :
9.3.1 Teknik Aseptik (Aseptic
Technique)
Kaedah khusus serta
prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan
mengelakkan dan mencegah pencemaran oleh patogen atau lain-lain mikroorganisma
merbahaya.
Keadaan bebas patogen disebut sebagai Asepsis. Keadaan
Asepsis menjamin seseorang pesakit yang dibedah agar tidak mendapat jangkitan
Patogen semasa melakukan pembedahan tersebut.
Contoh: mencuci tangan dengan sempurna, mengamalkan kebersihan
diri yang maksimum, menggunakan sarung tangan pakai buang, mencuci peralatan
perubatan serta membersihkan tempat seperti wad, dewan bedah, bilik rawatan dan
sebagainya.
9.3.2 Musnahkan Rangkaian Jangkitan
Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan
cara memutuskan atau memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit.
Tahap Virulence ialah ukuran
berkaitan keupayaan dan kekuatan sesuatu Patogen menyebabkan sesuatu penyakit.
Ia bergantung kepada struktur dan keupayaan sesuatu patogen untuk mengeluarkan
toksin atau membunuh sel hos.
Tahap invasiveness pula bermakna kemampuan sesuatu patogen membiak dalam perumah. Penaklukan atau kolonialisasi adalah satu tahap kritikal dalam sesuatu rangkaian jangkitan di mana patogen sudah mula membiak dan boleh menjangkiti orang lain.
Langkah kawalan aseptik untuk memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan di hospital berdasarkan kepada elemen rangkaian jangkitan:
a.
Sumber Patogen (Reservoir)
Melakukan pemeriksaan
tahap kesihatan seseorang personel kesihatan untuk memastikan dia bebas
daripada penyakit berjangkit.
Contoh: menggunakan
sarung tangan pakai buang, penutup hidung (mask), mencuci tangan dengan
sempurna, membuang bahan buangan klinikal secara sempurna di wad/bilik rawatan
mengikut kategori dan sebagainya.
Tujuan: untuk
mengelakkan seseorang personel perubatan itu menjadi sumber yang menjangkitkan
patogen kepada dirinya, pesakit.
b.
Portal of Exit
Amalan dan prosedur
yang dapat mencegah jangkitan Patogen:
Ø
Mencuci tangan dengan betul dan sempurna (amalan tujuh langkah
cuci tangan).
Ø
Balutan atau dressing pada luka hendaklah dibuat
secara bersih.
Ø
Segala bendalir dan bahan buangan daripada pesakit hendaklah
dikendalikan dengan sempurna supaya ia tidak mencemarkan peralatan atau Patogen
dalam bahan tersebut dan tidak menjangkiti personel kesihatan atau pesakit
lain.
c.
Cara Transmisi
Kaedah untuk mencegah
dan memutuskan rangkaian jangkitan patogen:
·
Mengamalkan langkah-langkah yang termaktub dalam standard
precautions. Antaranya ialah personel perubatan hendaklah mengamalkan
amalan mencuci tangan dengan betul dan sempurna dan pengendalian bahan buangan
klinikal yang selamat.
·
Pesakit yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi untuk
menjangkiti orang lain hendaklah diasingkan di wad pengasingan.
·
Kaedah nyahkuman (sterilisation)
peralatan-peralatan dan bekalan perubatan juga merupakan salah satu langkah
untuk mengelakkan pesakit lain mendapat jangkitan.
9.3.3 Piawai Pengawasan
Perkara Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan:
a.
Polisi dan Peraturan
·
Setiap kemudahan kesihatan atau klinikal mesti mempunyai satu
garis panduan yang jelas berkaitan dengan objektif polisi serta kaedah untuk
melaksanakannya atau untuk mencapainya.
·
Polisi dan peraturan ini mestilah dimaklumkan dan difahami oleh
setiap personel di sesebuah hospital tersebut.
·
Polisi dan peraturan berkaitan amalan standard precaution
hendaklah dipamerkan di tempat-tempat strategik di hospital.
·
Dari aspek jangkitan kesihatan awam, peraturan kuarantin
digunapakai untuk mengawal penularan penyakit.
Contoh: dalam kawalan
jangkitan Influenza A H1N1 dan Selesema Burung, pesakit serta mereka yang rapat
dengan pesakit dikuarantin.
b.
Kumpulan atau Jawatankuasa Pelaksana Kawalan Jangkitan
Kumpulan yang
merangka, membuat, melaksana, mengawasi serta menilai keberkesanan sesuatu
polisi atau peraturan yang dibuat.
c.
Pendidikan dan Latihan
Aspek latihan dan
pendidikan yang berterusan kepada personel perlu dijalankan secara berterusan
seperti amalan standard precautions, prosedur aseptik, cuci tangan dan
sebagainya. Aspek khidmat sokongan seperti bahagian penyediaan dan penyajian
makanan, pencucian, pasukan kecemasan, pemandu ambulans, penyediaan peralatan
serta bahan buangan.
d.
Kemudahan dan Kelengkapan
Contoh: penyediaan
kemudahan wad pengasingan bagi kes pesakit yang disyaki menghidap penyakit
berjangkit seperti Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD), Influenza A H1N1 dan
lain-lain penyakit berjangkit yang mempunyai risiko tahap jangkitan yang
tinggi.
Adalah amat penting
mengekalkan tahap kebersihan persekitaran yang tinggi di dalam dan di luar
hospital. Sebagai contoh, wad pengasingan, dewan bedah, bilik mayat, dewan
bedah post mortem, wad rawatan rapi dan sebagainya. Sanitasi yang sempurna
dalam aspek persekitaran yang bersih di sesebuah hospital melibatkan sistem
pembuangan dan pelupusan sampah dan bahan buangan klinikal yang baik, pencucian
wad secara berkala mengikut teknik aseptik yang telah ditetapkan dan
sebagainya.
RUMUSAN
·
Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke
14 μm. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh
dilihat dengan menggunakan mikroskop.
·
Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu
hidup seperti dalam darah atau bendalir dalam badan manusia atau haiwan.
·
Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi.
Kulat adalah mikroorganisma sel Eukaryotic.
·
Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic.
Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga
50 μm.
·
Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme
pertahanan luaran dan dalaman.
·
Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan
dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam
elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan
berlakunya sesuatu jangkitan.
·
Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya,
seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan
menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit
berjangkit.
·
Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera
yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh.
·
Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang
digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelak dan mencegah
pencemaran oleh Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya.
·
Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan
cara memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit.
Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia
bergantung kepada tahap ganas (virulence) dan tahap menakluki (invasiveness)
sesuatu Patogen itu.
·
Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan
jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti polisi dan peraturan,
kumpulan atau jawatankuasa pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan,
kemudahan dan kelengkapan serta persekitaran yang bersih.
10.1 KEBISINGAN
Bunyi bising bukan setakat memberi kesan kepada masalah kesihatan
secara fizikal malah dalam aspek mental juga. Kebisingan diukur dengan desibel
(dB). Tahap kebisingan yang dibenarkan adalah di bawah 3dB. Seseorang yang
terdedah kepada punca-punca kebisingan mempunyai risiko untuk mengalami masalah
dan komplikasi kesihatan.
10.1.1 Punca Kebisingan
a. Punca Secara
Semulajadi
Contoh bunyi bising
yang berpunca secara semula jadi ialah letupan gunung berapi serta guruh.
b. Punca Secara Buatan
Manusia
i. Bunyi kuat yang
dihasilkan oleh mesin dan jentera yang digunakan di kilang;
ii.
Bunyi dari tapak-tapak pembinaan seperti pembinaan bangunan yang
melibatkan mesin pengerudi dan menanam cerucuk;
iii.
Bunyi oleh kenderaan bermotor di jalan raya; dan
iv.
Bunyi oleh kapal terbang di lapangan terbang.
10.1.2 Pencemaran Bunyi
Bunyi bising berlaku apabila gelombang bunyi bergerak melalui
pelbagai tahap tekanan di dalam udara. Pertukaran tekanan secara berulang-ulang
dikenali sebagai frekuensi bunyi. Unit untuk mengukur frekuensi
dikenali sebagai Hertz (Hz). Hertz bersamaan dengan pusingan per saat (Azizi
Ahmad, 2007). Tahap bunyi yang menimbulkan keadaan kacau-bilau dan
hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran kerja atau semasa
berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk kebisingan.
Kesan Bunyi Bising kepada Manusia
Kesan bunyi bising kepada manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan
kepada telinga (Auditory Effect) dan kesan di luar telinga (Non-Auditory
Effect).
Kesan kepada Telinga (Auditory Effect)
Kesan kepada Telinga (Auditory Effect)
a.
Kesan yang berlaku secara serta-merta
Kesan ini berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada bunyi yang
mempunyai ukuran melebihi 120dB. Contoh: pendedahan letupan bom dan petir. Ia
boleh menyebabkan seseorang itu hilang pendengaran secara kekal kerana
gegendang telinganya rosak atau pecah.
b.
Kesan Kronik
Berlaku akibat pendedahan seseorang secara berpanjangan kepada
bunyi yang kuat. Ia boleh menyebabkan seseorang mendapat kerosakan pendengaran
yang teruk. Ini berlaku apabila frekuensi yang tinggi menyebabkan kerosakan
organ dalaman telinga iaitu koklea.
c.
Temporary Threshold Shift (TTS)
Berlaku akibat pendedahan kepada bunyi bising secara sementara.
Misalnya seorang pekerja di kilang papan yang terdedah kepada bunyi alat
pemotong atau gergaji kayu setiap hari (lebih kurang 8 jam) selama 6 hari
bekerja dalam seminggu. Beliau mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
masalah pendengaran secara sementara seperti kurang mendengar perbualan dengan
rakan secara jelas. Kesan ini lebih parah sekiranya beliau tidak menggunakan
alat perlindungan peribadi seperti alat penutup telinga. Akibatnya, beliau
berisiko tinggi untuk mendapat kerosakan pendengaran secara kekal (permanent
threshold shift).
d.
Permanent Threshold Shift (PTS)
Kerosakan kekal pada telinga berlaku apabila organ-organ dalam
telinga seperti koklea, gegendang telinga serta Saluran Eustachia mengalami
kerosakan akibat jangkitan penyakit atau kecederaan akibat kemalangan. Penyelam
seperti pekerja pelantar minyak dan pencari mutiara mempunyai risiko yang
tinggi untuk mendapat kerosakan pendengaran secara kekal kerana mereka terdedah
kepada bahaya persekitaran kerja iaitu kerap berada pada tekanan tinggi di
bawah air.
Kesan di Luar Telinga (Non-auditory effect)
a.
Fisiologi
Bunyi yang kuat daripada pencemaran bunyi menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan. Keadaan tertekan ini meningkatkan risiko seseorang kepada peningkatan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Bunyi yang kuat daripada pencemaran bunyi menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan. Keadaan tertekan ini meningkatkan risiko seseorang kepada peningkatan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
b.
Psikomatik
Bunyi yang kuat menyebabkan seseorang mengadu mengalami sakit kepala, pening serta loya.
Bunyi yang kuat menyebabkan seseorang mengadu mengalami sakit kepala, pening serta loya.
c.
Psikologi
Kesan bunyi yang kuat kepada seseorang melibatkan gangguan percakapan. Seseorang itu berasa tidak selesa dan rimas. Simptom seperti ini bersifat psikologikal.
Kesan bunyi yang kuat kepada seseorang melibatkan gangguan percakapan. Seseorang itu berasa tidak selesa dan rimas. Simptom seperti ini bersifat psikologikal.
Kesan pencemaran bunyi boleh dicegah dengan beberapa cara (Azizi
Ahmad, 2007):
i. Menukar atau
menggantikan reka bentuk mesin dan peralatan;
ii.
Menebat dan menyelenggara mesin;
iii.
Mengawal dan memperbaiki kawasan kerja;
iv.
Merancang masa kerja dengan meminimumkan tempoh pendedahan;
v.
Menggunakan peralatan perlindungan pendengaran.
10.2 KESIHATAN PERSEKITARAN
- melibatkan saling kaitan antara manusia dan tempat tinggal,
tempat kerja serta elemen-elemen semula jadi seperti lain-lain organisma hidup,
fauna, flora, tanah, sungai, lautan, bukit-bukau serta cuaca.
- keinginan manusia untuk menerokai dan mengawal alam ini, kita
juga tertakluk kepada hukum alam.
- Manusia bersaing dengan organisma lain untuk hidup. Bayangkan
sekecil-kecil bakteria dan virus tertentu boleh membunuh manusia.
Peranan: dalam merancang,
melaksana, memantau serta menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan
aspek keselamatan, kualiti dan kebersihan makanan.
Tujuan: melindungi orang
ramai daripada kemudaratan yang berpunca daripada kesan buruk pengambilan
makanan kepada kesihatan akibat daripada pembuatan, pengilangan, penjualan,
penyimpanan, penyediaan serta penyajian makanan yang tidak menepati spesifikasi
kualiti iaitu selamat, bersih serta berzat.
Peranan ialah memastikan segala aspek penguatkuasaan yang berkaitan dengan akta dan peraturan makanan sentiasa diikuti. Ini dilakukan dengan mengambil contoh atau sampel makanan di premis yang menjual makanan seperti kedai, gerai, pasar raya dan restoran. Langkah ini bukan setakat dilakukan semasa berlakunya kejadian keracunan makanan tetapi bertujuan sebagai langkah pencegahan untuk memastikan tiada barang makanan yang merbahayakan kesihatan manusia dijual di pasaran. Di samping itu, ia juga memantau dan mengawasi bahan-bahan makanan tempatan yang dieksport dan diimport supaya menepati spesifikasi yang telah ditetapkan serta selamat digunakan oleh pengguna.
10.2.2 Unit Rancangan Kebersihan Alam
Sekitar
Matlamat: untuk mewujudkan suatu persekitaran sihat dan sesuai
serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan fizikal serta mental
penghuni-penghuninya. Ini dilakukan dengan mengenal pasti, menaksir dan
memperbaiki keadaan persekitaran menerusi perlindungan kesihatan, promosi
kesihatan serta pencegahan terhadap penyakit-penyakit persekitaran.
URKAS bertanggungjawab dalam memantau penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan sanitasi persekitaran seperti bekalan air minuman, pembuangan sampah dan tandas. Menjalankan penyeliaan dan penyiasatan berkaitan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan alam sekitar seperti masalah pencemaran air, tanah dan sebagainya.
URKAS bertanggungjawab dalam memantau penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan sanitasi persekitaran seperti bekalan air minuman, pembuangan sampah dan tandas. Menjalankan penyeliaan dan penyiasatan berkaitan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan alam sekitar seperti masalah pencemaran air, tanah dan sebagainya.
10.2.3 Unit Kesihatan Am
Sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan
am yang menyokong lain-lain unit di sesebuah organisasi seperti pejabat
kesihatan. Bidang tugas UKA ialah menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan dan
promosi kesihatan yang dilakukan oleh unit-unit yang berkaitan di sesebuah
pejabat kesihatan (dengan syarat pejabat kesihatan tersebut tiada unit promosi
kesihatan).
Contoh: aktiviti kempen kesihatan berkenaan kepentingan kebersihan
alam sekitar dijalankankepada pelbagai segmen dalam masyarakat seperti
masyarakat awam, pelajar sekolah, pekerja sektor awam, badan bukan kerajaan dan
sebagainya.
Definisi toksik dimaksudkan sebagai “bahan dan sediaan yang jika
disedut atau dihadam atau menebusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan
yang serius atau kematian. Jika ia termakan, memasuk saluran pernafasan serta
tersentuh dengan kulit manusia”.
Toksik adalah sebarang bahan buangan yang berupa cecair, pepejal atau gas yang
boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia, binatang serta alam
sekitar secara amnya. Tahap toksik sesuatu bahan ditentukan dengan ujian makmal
yang dikenali sebagai Toxicity Characteristic Leaching Procedure (TCLP).
Bahan toksik mengandungi bahan Karsinogen. Bahan ini meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit kanser. Bahan toksik dikeluarkan oleh aktiviti industri seperti pembuangan bahan radioaktif oleh loji nuklear, sampah sarap dari kawasan kediaman, logam berat dari kilang industri serta sisa racun rumpai atau makhluk perosak dari aktiviti pertanian.
Simptom-Simptom Jangkitan
Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik boleh
dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap bahan tersebut. Terdapat dua
jenis pendedahan iaitu:
a. Pendedahan yang Teruk
(Acute Exposure)
Pendedahan yang teruk melibatkan seseorang yang terdedah kepada
ancaman toksik boleh mengalami cedera teruk atau menemui ajal dalam jangkamasa
yang singkat.
b. Pendedahan yang
Kronik (Chronic Exposure)
Pendedahan yang kronik melibatkan seseorang itu terdedah kepada
ancaman bahan toksik dalam jangkamasa yang lama secara berterusan. Kesannya
juga boleh mengancam nyawa dan kesihatan seseorang.
Kesan: keracunan makanan. Kesan ini boleh dikenali sebagai
pendedahan yang teruk kerana kesannya berlaku dalam jangkamasa yang singkat.
Keadaan ini dapat dilihat dalam kes seorang pesakit yang termakan makanan yang
dicemari oleh Racun Arsenik yang terdapat dalam racun makhluk perosak seperti
di dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. Simptom-simptom awal ialah pesakit
mengadu sakit perut, muntah-muntah serta cirit-birit. Kehilangan air yang
banyak daripada pesakit boleh menyebabkan dia menjadi lemah dan tidak bermaya.
Penyakit-Penyakit Berkaitan Toksid
a.
Kanser
Bahan toksik yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen.
Bahan toksik yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen.
Bahan Karsinogen: apa-apa bahan pepejal atau bahan Radionuklei
atau Radioaktif yang boleh merencatkan atau menggangu tumbesaran sel sihat di
dalam badan manusia. Gangguan ini menyebabkan sel-sel tumbuh tanpa kawalan.
Bahan Karsinogen: asbestos dan asap rokok. Pendedahan kepada
punca-punca bahan toksik meningkatkan peluang seseorang itu mendapat penyakit
kanser.
b.
Jangkitan Saluran Pernafasan
Debu dan habuk yang berterbangan di
udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada
paru-paru.
Cth: pekerja yang bekerja di kilang
yang mengeluarkan debu dan habuk seperti kuari, mereka terdedah kepada ancaman
debu dan habuk. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak mengambil langkah-langkah
pencegahan seperti menggunakan alat perlindungan diri mereka boleh terdedah
dengan ancaman jangka panjang risiko tersebut. Bendasing yang terkumpul ini
boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan salah satu simptomnya ialah
pneumonia.
Cara-Cara Mengawal
Mana-mana negara yang bergantung kepada pendapatan dari bidang
perindustrian tidak dapat lari dari soal dan isu bahan toksik. Kawalan terhadap
bahan-bahan toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika
dilihat dari segi keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan
penduduk, sememangnya pengurusan yang cekap terhadap bahan atau sisa toksik
dari industri merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.
Oleh itu, adalah amatlah penting agar pengurusan sempurna bahan toksik
dijalankan dari segi:
a. Rawat
Sebilangan bahan toksik boleh dirawat untuk mengurangkan kesan buruknya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Sebahagian bahan toksik yang telah dirawat boleh dikitar semula sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Sebilangan bahan toksik boleh dirawat untuk mengurangkan kesan buruknya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Sebahagian bahan toksik yang telah dirawat boleh dikitar semula sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
b. Penyimpanan
Penyimpanan di tempat yang sempurna menjamin ia tidak mengakibatkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
Penyimpanan di tempat yang sempurna menjamin ia tidak mengakibatkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.
c. Pengangkutan
Pengangkutan bahan toksik seharusnya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang baik.
Pengangkutan bahan toksik seharusnya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang baik.
d. Pelupusan
Tempat dan kaedah pelupusan yang sempurna hendaklah mematuhi akta dan undang-undang alam sekitar yang sedia ada. Langkah ini dapat menjamin agar bahan toksik tidak mendatangkan kesan buruk secara jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar.
Tempat dan kaedah pelupusan yang sempurna hendaklah mematuhi akta dan undang-undang alam sekitar yang sedia ada. Langkah ini dapat menjamin agar bahan toksik tidak mendatangkan kesan buruk secara jangka panjang kepada manusia dan alam sekitar.
Rawatan dan Bantuan
Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan
ialah mendapatkan rawatan dengan segera. Tetapi sebelum sesuatu rawatan
diberikan kepada seseorang pesakit, pemeriksaan atau diagnosa penyakit
hendaklah dilakukan oleh doktor perubatan yang bertauliah. Sesetengah penyakit
yang berkaitan dengan ancaman dan pendedahan kepada bahan toksik menunjukkan
tanda dan simptom yang cepat tetapi terdapat juga yang tidak menunjukkan
sebarang tanda. Oleh itu, amatlah penting membuat pemeriksaan kesihatan di
klinik atau hospital oleh personel perubatan yang terlatih dan bertauliah
sahaja.
Namun begitu, pencegahan lebih baik dari rawatan. Langkah-langkah pencegahan amatlah penting bagi mengelakkan penyakit atau masalah kesihatan yang berpunca daripada kesan bahan toksik. Langkah-langkah ini termasuklah mengendalikan bahan-bahan toksik dengan teliti.
Rumusan
• Bunyi bising bukan setakat
memberi kesan kepada masalah kesihatan secara fizikal malah dalam aspek mental.
Kebisingan diukur dengan Desibel (dB).
• Terdapat beberapa punca bunyi
bising. Antaranya ialah punca secara semula jadi dan buatan manusia.
• Tahap bunyi yang menimbulkan
keadaan kacau-bilau dan hingar-bingar kepada seseorang sama ada di persekitaran
kerja atau semasa berehat di rumah boleh dianggap sebagai suatu bentuk
kebisingan. Kebisingan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran bunyi.
• Kesan bunyi bising kepada
manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada telinga (auditory effect) dan
kesan di luar telinga (non-auditory effect).
• Unit Kawalan Mutu Makanan
(UKMM) berperanan dalam merancang, melaksana, memantau serta menilai program
dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek keselamatan, kualiti serta kebersihan
makanan.
• Matlamat utama Unit Rancangan
Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran
sihat dan sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan
mental penghuni-penghuninya.
• Unit Kesihatan Am (UKA) adalah
sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap bidang-bidang kesihatan am yang
menyokong unit-unit lain di dalam sesebuah organisasi pejabat kesihatan.
• Simptom-simptom jangkitan yang
berkaitan dengan toksik boleh dilihat dari segi pendedahan seseorang terhadap
bahan tersebut. Terdapat dua jenis pendedahan iaitu pendedahan yang teruk
(acute exposure) dan pendedahan yang kronik (chronic exposure).
• Antara bahan toksid yang boleh
menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi Karsinogen. Debu dan
habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan
menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
• Kawalan terhadap bahan-bahan
toksik memerlukan tahap teknologi dan kos yang tinggi. Tetapi jika dilihat dari
segi keuntungan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk,
sememangnya pengurusan yang cekap terhadap bahan atau sisa toksik dari industri
merupakan satu langkah yang wajib dilakukan oleh semua pihak.
• Prinsip utama apabila
menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah perlu mendapatkan rawatan
dengan segera.